Connect with us

Antarabangsa

Denmark bakal wajibkan perkhidmatan wanita dalam tentera

Denmark bakal menjadi negara Scandinavia seterusnya yang akan mewajibkan perkhidmatan wanita dalam tentera.

Wartawan TMT

Published

on

Denmark bakal wajibkan
Foto: Perdana Menteri Denmark, Mette Frederiksen.
  • Denmark bakal menjadi negara Scandinavia seterusnya yang akan mewajibkan perkhidmatan wanita dalam tentera.
  • Ia bertujuan memperluaskan program kerahan tenaga untuk membantu meningkatkan pertahanan di tengah-tengah konflik Russia-Ukraine, demikian lapor RT.
  • Perdana Menteri Denmark Mette Frederiksen menyatakan perkara itu pada Rabu di Copenhagen kepada pemberita bahawa kewajipan wanita menyertai tentera akan bantu mencapai “kesamarataan penuh antara jantina.”
  • “Asas lebih luas perekrutan yang merangkumi semua jantina diperlukan,” kata Menteri Pertahanan Denmark, Troels Lund Poulsen kepada pemberita.

Denmark bakal menjadi negara Scandinavia seterusnya yang akan mewajibkan perkhidmatan wanita dalam tentera.

Ia bertujuan memperluaskan program kerahan tenaga untuk membantu meningkatkan pertahanan negara itu di tengah-tengah konflik Russia-Ukraine, demikian lapor RT.

Perdana Menteri Denmark, Mette Frederiksen menyatakan perkara itu pada Rabu di Copenhagen kepada pemberita bahawa kewajipan wanita menyertai tentera akan bantu mencapai “kesamarataan penuh antara jantina.”

“Kami tidak mengangkat senjata kerana kami mahukan peperangan. Kami mengangkat senjata kerana kami mahu elak peperangan,” kata Perdana Menteri Denmark itu.

Tentera Denmark pada ketika ini mempunyai kira-kira 13,700 tentera, termasuk 9,000 askar profesional dan 4,700 tentera latihan wajib.

Kerajaan Frederiksen mahu mewajibkan kedua-dua jantina dalam latihan wajib tentera dan meningkatkan bilangan kerahan tenaga kepada 5,000 orang.

Pelaksanaan sistem itu dianggarkan berlangsung pada 2026 dengan undang-undang wajib kerahan tenaga baharu sepatutnya diluluskan menjelang 2025.

Tentera baharu akan menjalani latihan selama lima bulan, diikuti enam bulan perkhidmatan dalam operasi.

Menurut Menteri Pertahanan Denmark, landskap keselamatan rantau ini  dilihat semakin serius, dan perkara itu perlu diambil kira dalam sektor pertahanan masa hadapan.

“Asas lebih luas perekrutan yang merangkumi semua jantina diperlukan,” kata Menteri Pertahanan Denmark, Troels Lund Poulsen kepada pemberita. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Israel negara zionis, bukannya negara Yahudi – Rabbi Yisroel Dovid Weiss

Israel adalah negara zionis dan bukannya sebuah negara Yahudi, kata Rabbi Yisroel Dovid Weiss.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Rabbi Yahudi, Yisroel Dovid Weiss (kiri) & Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kanan).

KUALA LUMPUR – Israel adalah negara zionis dan bukannya sebuah negara Yahudi, kata Rabbi Yisroel Dovid Weiss.

Rabbi Yahudi itu yang juga Aktivis dan Jurucakap Neturei Karta berkata, ini kerana penubuhan negara haram itu adalah tindakan jahat gerakan zionis dan sebenarnya tiada kaitan dengan agama Yahudi.

Neturei Karta adalah organisasi antarabangsa Yahudi Ortodoks anti-Zionis.

“Berhati-hati, jangan panggil ia satu negara Yahudi, jangan kata ia Yahudi, kerana itulah apa yang Netanyahu dan negara jahat mereka mahukan, panggil ia zionisme negara Israel. Dan bezakan dengan jelas antara agama Yahudi dan negara (zionis itu),” katanya ketika berucap di Persidangan Coalition of Malaysian Non-Governmental Organisation: Free Palestine Colloquium di Perdana Leadership Foundation, Putrajaya, dekat sini semalam.

Turut hadir bekas Menteri Luar, Tan Sri Rais Yatim; Bekas Penolong Setiausaha Agung PBB, Dr Hans-Christof von Sponeck; Calon Hadiah Keamanan Nobel 2024, Dr Maung Zarni; dan Pengerusi Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) Malaysia, Prof Dr Mohd Nazari Ismail.

Ditanya pandangannya mengenai kumpulan Palestin sama ada ia adalah gerakan berasaskan politik atau agama, Rabbi Yahudi itu menjawab apa sahaja tujuan mereka, tindakan menghukum dan mengganggu urusan kumpulan Palestin tidak sepatutnya berlaku.

Beliau berkata kumpulan Palestin tidak membenci Yahudi tetapi yang menentang Yahudi dan penduduk Palestin adalah kerajaan pendudukan haram zionis.

“Rakyat Palestin, itu tanah mereka dan apa sahaja yang mereka lakukan, kamu tidak pergi gali ke dalam hati dan jiwa negara lain, tanya apa yang mereka lakukan, mengapa mereka melakukannya, mengapa dilakukan? apa kerajaannya? itu bukan urusan kita.

“Itu Palestin (yang merupakan) milik rakyat Palestin. Dan orang Yahudi sejak hari pertama, saya boleh tunjukkan kepada kamu, apabila mereka melantik presiden PLO (Yasser Arafat) yang menubuhkan Pihak Berkuasa Palestin.

“Salah seorang Rabbi kami adalah wakil Yahudi di dalam Pihak Berkuasa Palestin. Kamu perlu tahu zionis tuang asid ke wajahnya, butakan sebelah matanya. 

“Ini ketika kami di Gaza, kami bertemu Ismail Haniyeh ketika dia Perdana Menteri, dan dia juga menyambut kami, dia berkata, “Kami tidak menentang Yahudi,” dan mereka juga berhati-hati kerana mereka harus membezakan, mereka tidak menentang Yahudi atau agama Yahudi, tetapi hanya menentang pendudukan (haram zionis),” kata Yisroel.

Dalam penjelasannya, Rabbi Yahudi itu turut menunjukkan gambar aktiviti dan protes ribuan ahli organisasi antarabangsa Yahudi Ortodoks anti-Zionis di sekitar Washington dan Jerusalem.

Organisasi itu turut menegaskan bahawa negara haram Israel tidak layak mentadbir tanah suci Baitulmaqdis dan Netanyahu serta kerajaan Israel tidak sama sekali mewakili dunia Yahudi secara keseluruhannya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending