Antarabangsa
Denmark bakal wajibkan perkhidmatan wanita dalam tentera
Denmark bakal menjadi negara Scandinavia seterusnya yang akan mewajibkan perkhidmatan wanita dalam tentera.
- Denmark bakal menjadi negara Scandinavia seterusnya yang akan mewajibkan perkhidmatan wanita dalam tentera.
- Ia bertujuan memperluaskan program kerahan tenaga untuk membantu meningkatkan pertahanan di tengah-tengah konflik Russia-Ukraine, demikian lapor RT.
- Perdana Menteri Denmark Mette Frederiksen menyatakan perkara itu pada Rabu di Copenhagen kepada pemberita bahawa kewajipan wanita menyertai tentera akan bantu mencapai “kesamarataan penuh antara jantina.”
- “Asas lebih luas perekrutan yang merangkumi semua jantina diperlukan,” kata Menteri Pertahanan Denmark, Troels Lund Poulsen kepada pemberita.
Denmark bakal menjadi negara Scandinavia seterusnya yang akan mewajibkan perkhidmatan wanita dalam tentera.
Ia bertujuan memperluaskan program kerahan tenaga untuk membantu meningkatkan pertahanan negara itu di tengah-tengah konflik Russia-Ukraine, demikian lapor RT.
Perdana Menteri Denmark, Mette Frederiksen menyatakan perkara itu pada Rabu di Copenhagen kepada pemberita bahawa kewajipan wanita menyertai tentera akan bantu mencapai “kesamarataan penuh antara jantina.”
“Kami tidak mengangkat senjata kerana kami mahukan peperangan. Kami mengangkat senjata kerana kami mahu elak peperangan,” kata Perdana Menteri Denmark itu.
Tentera Denmark pada ketika ini mempunyai kira-kira 13,700 tentera, termasuk 9,000 askar profesional dan 4,700 tentera latihan wajib.
Kerajaan Frederiksen mahu mewajibkan kedua-dua jantina dalam latihan wajib tentera dan meningkatkan bilangan kerahan tenaga kepada 5,000 orang.
Pelaksanaan sistem itu dianggarkan berlangsung pada 2026 dengan undang-undang wajib kerahan tenaga baharu sepatutnya diluluskan menjelang 2025.
Tentera baharu akan menjalani latihan selama lima bulan, diikuti enam bulan perkhidmatan dalam operasi.
Menurut Menteri Pertahanan Denmark, landskap keselamatan rantau ini dilihat semakin serius, dan perkara itu perlu diambil kira dalam sektor pertahanan masa hadapan.
“Asas lebih luas perekrutan yang merangkumi semua jantina diperlukan,” kata Menteri Pertahanan Denmark, Troels Lund Poulsen kepada pemberita. – The Merdeka Times