Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Perang Gaza: Pemimpin antarabangsa pengecut, memalukan! – Leila Hatoum

Halangan bantuan masuk ke Gaza bukan sekadar disebabkan Israel, tetapi juga disebabkan sikap “pengecut kolektif antarabangsa”, kata Pakar Hal Ehwal Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA), Leila Hatoum.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Pakar Hal Ehwal Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA), Leila Hatoum.

Halangan bantuan masuk ke Gaza bukan sekadar disebabkan Israel, tetapi juga disebabkan sikap “pengecut kolektif antarabangsa”, kata Pakar Hal Ehwal Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA), Leila Hatoum.

Leila yang juga ahli ekonomi politik berkata demikian dalam sebuah video dimuat naik di platform X miliknya.

“Ia bukan sahaja kekurangan kemahuan kolektif seluruh dunia, tetapi ia juga melibatkan orang Israel.

“Satu pendudukan penjajah peneroka (merujuk Israel), melarang apa sahaja bantuan masuk ke utara Gaza untuk membantu lebih 600,000 rakyat Palestin untuk terus hidup.

“Pada dasarnya, sikap pengecut kolektif antarabangsa penghalang (kepada) mereka untuk mencabar Israel. Kamu semua memalukan!,” kata Leila.

Leila turut mempersoalkan perbincangan beberapa negara untuk membuat penghantaran bantuan melalui udara (airdrop) yang disebut beberapa negara sebelum ini.

“Orang sedang dibunuh di Gaza. Dan Majlis Keselamatan PBB bincangkan bantuan airdrop (bantuan udara) untuk Gaza. Algeria bercakap mengenainya.

“Turkiye mahu melakukannya pada satu masa dulu atau kelak, kami tidak pasti, tetapi pada dasarnya mereka mengalu-alukan idea itu dan ada pegawai tertinggi mereka bercakap mengenainya.

“Apa yang menghalangnya ketika ini? (merujuk kepada hantaran bantuan melalui udara),” kata Leila dalam video hantarannya pada 4 Februari lalu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

315 maut, lebih 1,600 cedera banjir Afghanistan

Jumlah kematian disebabkan insiden banjir di utara Afghanistan mencecah 315 orang, manakala lebih 1,600 mangsa dilaporkan cedera, lapor agensi berita Reuters.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Kematian disebabkan insiden banjir di utara Afghanistan.
  • Jumlah kematian disebabkan insiden banjir di utara Afghanistan mencecah 315 orang, manakala lebih 1,600 mangsa dilaporkan cedera, lapor agensi berita Reuters.
  • Kementerian Dalam Negeri Emeriyah Islam Afghanistan (IEA) pada Ahad berkata, angka kematian rasmi akibat banjir kilat melanda sejak Jumaat disebabkan hujan lebat melibatkan 153 orang awam dan dianggarkan meningkat.
  • Pertubuhan bantuan kemanusiaan pula berkata kemudahan penjagaan kesihatan dan infrastruktur penting seperti air dilaporkan rosak akibat banjir.
  • Afghanistan diketahui mudah terdedah kepada bencana alam dan dianggap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai salah satu negara paling mudah terkesan terhadap sebarang perubahan iklim.
  • Menteri Ekonomi Afghanistan, Din Mohammad Hanif dalam kenyataan pada Ahad menggesa PBB, agensi kemanusiaan dan perusahaan swasta untuk membantu mereka yang terjejas akibat banjir.

Jumlah kematian disebabkan insiden banjir di utara Afghanistan mencecah 315 orang, manakala lebih 1,600 mangsa dilaporkan cedera, lapor agensi berita Reuters.

Kementerian Dalam Negeri Emeriyah Islam Afghanistan (IEA) pada Ahad berkata, angka kematian rasmi akibat banjir kilat melanda sejak Jumaat disebabkan hujan lebat melibatkan 153 orang awam dan dianggarkan meningkat.

Kementerian itu berkata ribuan kediaman rosak dan ternakan turut musnah.

Pertubuhan bantuan kemanusiaan pula berkata kemudahan penjagaan kesihatan dan infrastruktur penting seperti air dilaporkan rosak akibat banjir.

Afghanistan diketahui mudah terdedah kepada bencana alam dan dianggap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai salah satu negara paling mudah terkesan terhadap sebarang perubahan iklim.

Negara itu kurang menerima bantuan selepas pengambilalihan Taliban sejurus selepas berundurnya tentera asing pada 2021 yang menyebabkan dana pembangunan untuk pengukuhan kewangan kerajaan dihentikan.

Keadaan itu bertambah buruk pada tahun-tahun berikutnya selepas kerajaan asing menghadapi krisis persaingan global dan tindakan mengecam sekatan Taliban ke atas wanita-wanita Afghanistan.

Menteri Ekonomi Afghanistan, Din Mohammad Hanif dalam kenyataan pada Ahad menggesa PBB, agensi kemanusiaan dan perusahaan swasta untuk membantu mereka yang terjejas akibat banjir. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending