Antarabangsa
Uttarakhand lulus undang-undang seragam perkahwinan, pemimpin Muslim bantah kod Hindu terpakai untuk semua
Sebuah negeri di India meluluskan kod seragam untuk perkahwinan, perceraian, adopsi dan pewarisan bagi penganut Hindu, Islam dan komuniti agama lain di bawah undang-undang baharu yang juga memerlukan pasangan tinggal bersama berdaftar dengan kerajaan atau berdepan hukuman.

- Sebuah negeri di India meluluskan kod seragam untuk perkahwinan, perceraian, adopsi dan pewarisan bagi penganut Hindu, Islam dan komuniti agama lain di bawah undang-undang baharu yang juga memerlukan pasangan tinggal bersama berdaftar dengan kerajaan atau berdepan hukuman.
- Ahli Parlimen Uttarakhand di utara India meluluskan undang-undang itu pada Rabu di mana ia berdepan bantahan pemimpin Islam dan pihak lain kerana Kod Sivil Seragam tersebut mengganggu undang-undang dan adat kelompok terbabit dalam hal-hal berkenaan.
- Kod Sivil Seragam itu dimulakan parti Nasionalis Hindu pimpinan Perdana Menteri India, Narendra Modi, lapor AP hari ini.
- Undang-undang baharu itu melarang poligami dan menetapkan umur seragam untuk perkahwinan bagi lelaki dan wanita — 21 dan 18 tahun, masing-masing — merentas semua agama, termasuk dalam proses perceraian.
Sebuah negeri di India meluluskan kod seragam untuk perkahwinan, perceraian, adopsi dan pewarisan bagi penganut Hindu, Islam dan komuniti agama lain di bawah undang-undang baharu yang juga memerlukan pasangan tinggal bersama berdaftar dengan kerajaan atau berdepan hukuman.
Ahli Parlimen Uttarakhand di utara India meluluskan undang-undang itu pada Rabu di mana ia berdepan bantahan pemimpin Islam dan pihak lain kerana Kod Sivil Seragam tersebut mengganggu undang-undang dan adat kelompok terbabit dalam hal-hal berkenaan.
Kod Sivil Seragam itu dimulakan parti Nasionalis Hindu pimpinan Perdana Menteri India, Narendra Modi, lapor AP hari ini.
Undang-undang baharu itu melarang poligami dan menetapkan umur seragam untuk perkahwinan bagi lelaki dan wanita — 21 dan 18 tahun, masing-masing — merentas semua agama, termasuk dalam proses perceraian.
India, negara paling ramai penduduk di dunia dengan populasi lebih 1.4 billion terdiri daripada kira-kira 80 peratus Hindu dan 14 peratus Muslim.
Masyarakat Islam India mendakwa parti nasionalis sayap kanan Modi menjalankan agenda Hindu yang mendiskriminasi dan secara langsung mengenakan undang-undang mengganggu kepercayaan mereka.
“Ini adalah reka bentuk politik yang jahat untuk memacu perpecahan dalam masyarakat berkaitan agama,” kata Ahli Parlimen Parti Kongres Pembangkang, Yashpal Arya.
Negeri lain di bawah Parti Bharatiya Janata (BJP) dijangka memperkenalkan undang-undang sama sekiranya BJP memenangi pilihan raya kebangsaan pada April atau Mei depan. — The Merdeka Times
