Terkini
Tiga individu dari Aman Palestin tiba di Mahkamah Sesyen Shah Alam
Tiga individu badan bukan kerajaan (NGO) Aman Palestin tiba di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada pagi ini bagi berdepan 100 pertuduhan.

- Tiga individu badan bukan kerajaan (NGO) Aman Palestin tiba di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada pagi ini bagi berdepan 100 pertuduhan.
- Ketiga-tiga individu terbabit merupakan Pengerusi Eksekutif, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengarah syarikat tiba pada jam 8.30 pagi diiringi beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lapor Buletin TV3.
- SPRM sebelum ini mengesahkan pihaknya membekukan 41 akaun Aman Palestin dan beberapa entiti syarikat lain yang berkaitan dengan jumlah keseluruhan RM15,868,762.00.
- Ia berhubung siasatan agensi penguatkuasaan itu terhadap dakwaan syarikat pertubuhan amal berkenaan menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai sejak 17 Oktober lalu.
KUALA LUMPUR – Tiga individu badan bukan kerajaan (NGO) Aman Palestin tiba di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada pagi ini bagi berdepan 100 pertuduhan.
Ketiga-tiga individu terbabit merupakan Pengerusi Eksekutif, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengarah syarikat tiba pada jam 8.30 pagi diiringi beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lapor Buletin TV3.
SPRM sebelum ini mengesahkan pihaknya membekukan 41 akaun Aman Palestin dan beberapa entiti syarikat lain yang berkaitan dengan jumlah keseluruhan RM15,868,762.00.
Ia berhubung siasatan agensi penguatkuasaan itu terhadap dakwaan syarikat pertubuhan amal berkenaan menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai sejak 17 Oktober lalu.
Beberapa premis milik NGO itu juga turut digeledah pihak SPRM bagi tujuan penyiasatan.
Terdahulu, Aman Palestin menerusi beberapa siri sidang media turut mencabar tindakan SPRM yang bertindak membekukan akaun milik syarikat berkenaan.
Pendakwaan dikatakan dibuat mengikut Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) dan Kanun Keseksaan (Akta 574). — The Merdeka Times
