Antarabangsa
Perang Gaza: Ekonomi Israel susut hampir 20 peratus
Ekonomi Israel menyusut hampir satu perlima dari segi tahunan pada suku terakhir 2023 menunjukkan kesan kewangan ekoran perang dilancarkan ke atas Gaza.
- Ekonomi Israel menyusut hampir satu perlima dari segi tahunan pada suku terakhir 2023 menunjukkan kesan kewangan ekoran perang dilancarkan ke atas Gaza.
- Penurunan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) disifatkan Financial Times sebagai “jauh mencuram” daripada apa diramalkan penganalisis, berlaku dalam beberapa bulan selepas bermulanya perang pada 7 Oktober lalu.
- Biro Perangkaan Pusat berkata KDNK tahunan merosot 19.4 peratus berbanding suku ketiga, manakala pada asas suku ke suku tahun berbanding tiga bulan sebelumnya, ekonomi menguncup 5.2 peratus.
- Seruan 300,000 tentera simpanan untuk berperang di Gaza punca utama kemerosotan, termasuk penajaan perumahan oleh pihak kerajaan kepada lebih 120,000 rakyatnya yang dipindahkan dari kawasan berhampiran zon konflik.
Ekonomi Israel menyusut hampir satu perlima dari segi tahunan pada suku terakhir 2023 menunjukkan kesan kewangan ekoran perang dilancarkan ke atas Gaza.
Penurunan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) disifatkan Financial Times sebagai “jauh mencuram” daripada apa diramalkan penganalisis, berlaku dalam beberapa bulan selepas bermulanya perang pada 7 Oktober lalu.
Biro Perangkaan Pusat berkata KDNK tahunan merosot 19.4 peratus berbanding suku ketiga, manakala pada asas suku ke suku tahun berbanding tiga bulan sebelumnya, ekonomi menguncup 5.2 peratus.
Seruan 300,000 tentera simpanan untuk berperang di Gaza punca utama kemerosotan, termasuk penajaan perumahan oleh pihak kerajaan kepada lebih 120,000 rakyatnya yang dipindahkan dari kawasan berhampiran zon konflik.
Walaupun ekonomi dilihat terus berkembang, agensi penarafan Moody’s pada bulan ini menurunkan penarafan Israel daripada A1 kepada A2.
Penurunan penarafan itu tindak balas kebimbangan persoalan berapa lama konflik di Gaza akan berlanjutan, bila mana ia juga menurunkan paras hutang Israel kepada negatif atas risiko peperangan tersebut merebak ke Lubnan.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bagaimanapun memperkecilkan masalah itu.
“Penurunan penarafan itu tidak terkait dengan ekonomi. Ia sepenuhnya disebabkan kita berada dalam peperangan. Penarafan itu akan kembali naik apabila peperangan dimenangi, dan kita akan memenangi perang ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Serangan Hamas ke atas selatan wilayah haram Israel pada 7 Oktober tahun lalu mengorbankan 1,139 orang, manakala 240 orang dibawa kumpulan Palestin itu ke Gaza sebagai tawanan.
Serangan Hamas itu ekoran penindasan dan pembantaian berterusan Israel ke atas warga Palestin di Gaza dan Tebing Barat sejak 1948 selain penodaan ke atas Masjid Al-Aqsa.
Serangan Israel ke atas Gaza memusnahkan kebanyakan infrastruktur wilayah itu dan membunuh hampir 30,000 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. – The Merdeka Times