Connect with us

Antarabangsa

Perang Gaza: Ekonomi Israel susut hampir 20 peratus

Ekonomi Israel menyusut hampir satu perlima dari segi tahunan pada suku terakhir 2023 menunjukkan kesan kewangan ekoran perang dilancarkan ke atas Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan.
  • Ekonomi Israel menyusut hampir satu perlima dari segi tahunan pada suku terakhir 2023 menunjukkan kesan kewangan ekoran perang dilancarkan ke atas Gaza.
  • Penurunan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) disifatkan Financial Times sebagai “jauh mencuram” daripada apa diramalkan penganalisis, berlaku dalam beberapa bulan selepas bermulanya perang pada 7 Oktober lalu.
  • Biro Perangkaan Pusat berkata KDNK tahunan merosot 19.4 peratus berbanding suku ketiga, manakala pada asas suku ke suku tahun berbanding tiga bulan sebelumnya, ekonomi menguncup 5.2 peratus.
  • Seruan 300,000 tentera simpanan untuk berperang di Gaza punca utama kemerosotan, termasuk penajaan perumahan oleh pihak kerajaan kepada lebih 120,000 rakyatnya yang dipindahkan dari kawasan berhampiran zon konflik.

Ekonomi Israel menyusut hampir satu perlima dari segi tahunan pada suku terakhir 2023 menunjukkan kesan kewangan ekoran perang dilancarkan ke atas Gaza.

Penurunan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) disifatkan Financial Times sebagai “jauh mencuram” daripada apa diramalkan penganalisis, berlaku dalam beberapa bulan selepas bermulanya perang pada 7 Oktober lalu.

Biro Perangkaan Pusat berkata KDNK tahunan merosot 19.4 peratus berbanding suku ketiga, manakala pada asas suku ke suku tahun berbanding tiga bulan sebelumnya, ekonomi menguncup 5.2 peratus.

Seruan 300,000 tentera simpanan untuk berperang di Gaza punca utama kemerosotan, termasuk penajaan perumahan oleh pihak kerajaan kepada lebih 120,000 rakyatnya yang dipindahkan dari kawasan berhampiran zon konflik.

Walaupun ekonomi dilihat terus berkembang, agensi penarafan Moody’s pada bulan ini menurunkan penarafan Israel daripada A1 kepada A2.

Penurunan penarafan itu tindak balas kebimbangan persoalan berapa lama konflik di Gaza akan berlanjutan, bila mana ia juga menurunkan paras hutang Israel kepada negatif atas risiko peperangan tersebut merebak ke Lubnan.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bagaimanapun memperkecilkan masalah itu.

“Penurunan penarafan itu tidak terkait dengan ekonomi. Ia sepenuhnya disebabkan kita berada dalam peperangan. Penarafan itu akan kembali naik apabila peperangan dimenangi, dan kita akan memenangi perang ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Serangan Hamas ke atas selatan wilayah haram Israel pada 7 Oktober tahun lalu mengorbankan 1,139 orang, manakala 240 orang dibawa kumpulan Palestin itu ke Gaza sebagai tawanan.

Serangan Hamas itu ekoran penindasan dan  pembantaian berterusan Israel ke atas warga Palestin di Gaza dan Tebing Barat sejak 1948 selain penodaan ke atas Masjid Al-Aqsa.

Serangan Israel ke atas Gaza memusnahkan kebanyakan infrastruktur wilayah itu dan membunuh hampir 30,000 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Israel negara zionis, bukannya negara Yahudi – Rabbi Yisroel Dovid Weiss

Israel adalah negara zionis dan bukannya sebuah negara Yahudi, kata Rabbi Yisroel Dovid Weiss.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Rabbi Yahudi, Yisroel Dovid Weiss (kiri) & Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kanan).

KUALA LUMPUR – Israel adalah negara zionis dan bukannya sebuah negara Yahudi, kata Rabbi Yisroel Dovid Weiss.

Rabbi Yahudi itu yang juga Aktivis dan Jurucakap Neturei Karta berkata, ini kerana penubuhan negara haram itu adalah tindakan jahat gerakan zionis dan sebenarnya tiada kaitan dengan agama Yahudi.

Neturei Karta adalah organisasi antarabangsa Yahudi Ortodoks anti-Zionis.

“Berhati-hati, jangan panggil ia satu negara Yahudi, jangan kata ia Yahudi, kerana itulah apa yang Netanyahu dan negara jahat mereka mahukan, panggil ia zionisme negara Israel. Dan bezakan dengan jelas antara agama Yahudi dan negara (zionis itu),” katanya ketika berucap di Persidangan Coalition of Malaysian Non-Governmental Organisation: Free Palestine Colloquium di Perdana Leadership Foundation, Putrajaya, dekat sini semalam.

Turut hadir bekas Menteri Luar, Tan Sri Rais Yatim; Bekas Penolong Setiausaha Agung PBB, Dr Hans-Christof von Sponeck; Calon Hadiah Keamanan Nobel 2024, Dr Maung Zarni; dan Pengerusi Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) Malaysia, Prof Dr Mohd Nazari Ismail.

Ditanya pandangannya mengenai kumpulan Palestin sama ada ia adalah gerakan berasaskan politik atau agama, Rabbi Yahudi itu menjawab apa sahaja tujuan mereka, tindakan menghukum dan mengganggu urusan kumpulan Palestin tidak sepatutnya berlaku.

Beliau berkata kumpulan Palestin tidak membenci Yahudi tetapi yang menentang Yahudi dan penduduk Palestin adalah kerajaan pendudukan haram zionis.

“Rakyat Palestin, itu tanah mereka dan apa sahaja yang mereka lakukan, kamu tidak pergi gali ke dalam hati dan jiwa negara lain, tanya apa yang mereka lakukan, mengapa mereka melakukannya, mengapa dilakukan? apa kerajaannya? itu bukan urusan kita.

“Itu Palestin (yang merupakan) milik rakyat Palestin. Dan orang Yahudi sejak hari pertama, saya boleh tunjukkan kepada kamu, apabila mereka melantik presiden PLO (Yasser Arafat) yang menubuhkan Pihak Berkuasa Palestin.

“Salah seorang Rabbi kami adalah wakil Yahudi di dalam Pihak Berkuasa Palestin. Kamu perlu tahu zionis tuang asid ke wajahnya, butakan sebelah matanya. 

“Ini ketika kami di Gaza, kami bertemu Ismail Haniyeh ketika dia Perdana Menteri, dan dia juga menyambut kami, dia berkata, “Kami tidak menentang Yahudi,” dan mereka juga berhati-hati kerana mereka harus membezakan, mereka tidak menentang Yahudi atau agama Yahudi, tetapi hanya menentang pendudukan (haram zionis),” kata Yisroel.

Dalam penjelasannya, Rabbi Yahudi itu turut menunjukkan gambar aktiviti dan protes ribuan ahli organisasi antarabangsa Yahudi Ortodoks anti-Zionis di sekitar Washington dan Jerusalem.

Organisasi itu turut menegaskan bahawa negara haram Israel tidak layak mentadbir tanah suci Baitulmaqdis dan Netanyahu serta kerajaan Israel tidak sama sekali mewakili dunia Yahudi secara keseluruhannya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending