Terkini
Pengarah, CEO Aman Palestin hadapi 52 pertuduhan pecah amanah
Dua pegawai atasan Aman Palestin Bhd (Aman Palestin), hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam dan meminta dibicarakan selepas dihadapkan dengan 52 pertuduhan pecah amanah berjumlah lebih RM20 juta.
![](https://cdn.themerdekatimes.com/wp-content/uploads/2024/02/UP-S-Pengarah-CEO-Aman-Palestin-hadapi-52-pertuduhan-pecah-amanah-01.jpg)
- Dua pegawai atasan Aman Palestin Bhd (Aman Palestin), hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam dan meminta dibicarakan selepas dihadapkan dengan 52 pertuduhan pecah amanah berjumlah lebih RM20 juta.
- Pengarah Eksekutif Aman Palestin, Abdullah Zaik Abdul Rahman dan ketua pegawai eksekutif, Awang Suffian Awang Piut didakwa melakukan jenayah pecah amanah atas kapasiti mereka sebagai pengarah syarikat Samudra Champa Sdn Bhd yang diberikan amanah atas harta milik Aman Palestin.
- Memetik media tempatan, dilaporkan semua 52 pertuduhan tersebut dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.
- Selepas pertuduhan dibacakan, timbalan pendakwa raya, Ahmad Akram Gharib memaklumkan kedua-dua pihak bersetuju supaya kadar ikat jamin ditetapkan RM1 juta.
KUALA LUMPUR — Dua pegawai atasan Aman Palestin Bhd (Aman Palestin), hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam dan meminta dibicarakan selepas dihadapkan dengan 52 pertuduhan pecah amanah berjumlah lebih RM20 juta.
Pengarah Eksekutif Aman Palestin, Abdullah Zaik Abdul Rahman dan ketua pegawai eksekutif, Awang Suffian Awang Piut didakwa melakukan jenayah pecah amanah atas kapasiti mereka sebagai pengarah syarikat Samudra Champa Sdn Bhd yang diberikan amanah atas harta milik Aman Palestin.
Kedua-dua mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut antara 12 Mac 2018 hingga 3 November tahun lalu di sebuah bank di Bandar Baru Bangi, Selangor.
Memetik media tempatan, dilaporkan semua 52 pertuduhan tersebut dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.
Selepas pertuduhan dibacakan, timbalan pendakwa raya, Ahmad Akram Gharib memaklumkan kedua-dua pihak bersetuju supaya kadar ikat jamin ditetapkan RM1 juta.
Hakim Anita Harun kemudian menetapkan 13 Mac depan sebagai tarikh untuk sebutan kes tersebut.
Media sebelum ini melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan pihaknya membekukan 41 akaun Aman Palestin dan beberapa entiti syarikat lain yang berkaitan dengan jumlah keseluruhan RM15,868,762.00.
Ia berhubung siasatan agensi penguatkuasaan itu terhadap dakwaan syarikat pertubuhan amal berkenaan menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai sejak 17 Oktober lalu. — The Merdeka Times
![](https://cdn.themerdekatimes.com/wp-content/uploads/2022/10/tmt-new-logo-black.png)