Connect with us

Antarabangsa

Nicaragua mahu heret UK, Jerman, Belanda dan Kanada ke ICJ

Nicaragua memberi amaran kepada Jerman, United Kingdom (UK), Belanda dan Kanada mengenai hasratnya untuk mengheret negara terbabit ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan.
  • Nicaragua memberi amaran kepada Jerman, United Kingdom (UK), Belanda dan Kanada mengenai hasratnya untuk mengheret negara terbabit ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
  • Ia susulan tindakan negara-negara itu membekalkan senjata kepada Israel, sekali gus menyumbang kepada tindakan genosid ke atas rakyat Palestin di Gaza, lapor MEMO.
  • Kerajaan Nicaragua menegaskan empat negara itu menyediakan senjata kepada rejim zionis, menyumbang atau secara langsung melakukan pelanggaran Konvensyen Genosid di wilayah Palestin itu.
  • Kerajaan Nicaragua menyampaikan amaran lisan kepada negara terbabit, menekankan keputusan untuk mempertanggungjawabkan mereka di bawah undang-undang antarabangsa.
  • Ia turut menggesa kerajaan UK, Jerman, Belanda dan Kanada untuk menghentikan bekalan senjata, peluru dan teknologi kepada Israel, “kerana munasabah untuk diandai ia diguna untuk memudahkan atau melakukan pelanggaran Konvensyen Genosid”.

Nicaragua memberi amaran kepada Jerman, United Kingdom (UK), Belanda dan Kanada mengenai hasratnya untuk mengheret negara terbabit ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Ia susulan tindakan negara-negara itu membekalkan senjata kepada Israel, sekali gus menyumbang kepada tindakan genosid ke atas rakyat Palestin di Gaza, lapor MEMO.

Kerajaan Nicaragua menegaskan empat negara itu menyediakan senjata kepada rejim zionis, menyumbang atau secara langsung melakukan pelanggaran Konvensyen Genosid di wilayah Palestin itu.

Kerajaan Nicaragua menyampaikan amaran lisan kepada negara terbabit, menekankan keputusan untuk mempertanggungjawabkan mereka di bawah undang-undang antarabangsa.

Ia turut menggesa kerajaan UK, Jerman, Belanda dan Kanada untuk menghentikan bekalan senjata, peluru dan teknologi kepada Israel, “kerana munasabah untuk diandai ia diguna untuk memudahkan atau melakukan pelanggaran Konvensyen Genosid”.

Selari dengan negara seperti Turkiye, Jordan, Venezuela, Pakistan, Bangladesh, Maldives dan Namibia, Nicaragua bersama Afrika Selatan dalam kes genosid di ICJ pada Disember-Januari lalu ke atas Israel.

Afrika Selatan meminta ICJ mengeluarkan langkah kecemasan untuk menamatkan pertumpahan darah di Gaza, di mana pada ketika ini sekurang-kurangnya 27,500 rakyat Palestin telah terbunuh sejak 7 Oktober.

ICJ pada 26 Januari lalu mengarahkan Israel untuk “mengambil semua langkah dalam kuasanya” untuk mencegah pertumpahan darah selanjutnya di Gaza selaras dengan kewajipan di bawah Konvensyen Genosid.

Ini termasuk arahan supaya Israel mengambil langkah “segera dan berkesan” bagi membolehkan penyediaan perkhidmatan asas dan bantuan kemanusiaan di Gaza, tetapi mahkamah dunia itu gagal untuk mengeluarkan arahan gencatan senjata. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati ke Israel

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.
  • Serangan itu merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu, sumber Hizbullah memberitahu Al Jazeera Arabic pada Khamis.
  • Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang dan menyebabkan 15 kebakaran.

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Menurut sumber Hizbullah kepada Al Jazeera Arabic semalam, serangan tersebut merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu.

Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang selain mengakibatkan 15 kebakaran.

Tentera Israel dalam hantaran di platform X berkata “banyak” serangan yang dilepaskan dapat dipintas namun ada diantaranya penyebab tercetusnya kebakaran.

Dalam satu kenyataan rasmi, Hizbullah berkata operasi itu “untuk menyokong ketabahan rakyat Palestin, keberanian dan penentangan penuh bermaruah mereka di Gaza selain tindak balas terhadap pembunuhan dilakukan Zionis di Jouaiyya.”– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending