Terkini
Lebih 100 tapak sampah haram dikesan di Selangor – EXCO
Lebih 100 tapak sampah haram dikesan beroperasi di sekitar Selangor termasuk di Klang, Serdang dan Gombak.
- Lebih 100 tapak sampah haram dikesan beroperasi di sekitar Selangor termasuk di Klang, Serdang dan Gombak.
- Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Ng Suee Lim berkata ia susulan terdapat sebilangan premis masih menggunakan kontraktor haram bagi menjalankan aktiviti pembuangan sampah itu.
- “Justeru, kita mahu pihak berkuasa tempatan (PBT) lebih tegas dalam menangani permasalahan ini.
- “Pengusaha premis turut diberikan amaran agar tidak menggunakan kontraktor yang tidak berdaftar dengan PBT,” katanya dipetik Berita Harian ketika meninjau tapak sampah haram di Shah Alam, hari ini.
KUALA LUMPUR — Lebih 100 tapak sampah haram dikesan beroperasi di sekitar Selangor termasuk di Klang, Serdang dan Gombak.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim berkata ia susulan terdapat sebilangan premis masih menggunakan kontraktor haram bagi menjalankan aktiviti pembuangan sampah itu.
“Antara lokasi tapak sampah haram adalah di Klang, Serdang dan Gombak. Justeru, kita mahu pihak berkuasa tempatan (PBT) lebih tegas dalam menangani permasalahan ini.
“Pengusaha premis turut diberikan amaran agar tidak menggunakan kontraktor yang tidak berdaftar dengan PBT,” katanya dipetik Berita Harian ketika meninjau tapak sampah haram di Shah Alam, hari ini.
Suee Lim berkata pihaknya juga tidak menolak isu pembuangan sampah haram sukar ditangani disebabkan pembabitan sindiket tertentu.
Katanya, beliau akan mencadangkan pindaan undang-undang kecil Majlis Kerajaan Tempatan bagi meningkatkan hukuman kepada penjara sehingga dua tahun kepada pembuang sampah itu.
“Kita beri amaran kepada yang terbabit supaya tidak membuang sampah merata-rata dan akan mengambil tindakan terhadap pemilik tanah yang membenarkan berlakunya aktiviti ini secara tidak langsung,” katanya. — The Merdeka Times