Connect with us

Terkini

Lebih 100 tapak sampah haram dikesan di Selangor – EXCO

Lebih 100 tapak sampah haram dikesan beroperasi di sekitar Selangor termasuk di Klang, Serdang dan Gombak.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim.
  • Lebih 100 tapak sampah haram dikesan beroperasi di sekitar Selangor termasuk di Klang, Serdang dan Gombak. 
  • Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Ng Suee Lim berkata ia susulan terdapat sebilangan premis masih menggunakan kontraktor haram bagi menjalankan aktiviti pembuangan sampah itu. 
  • “Justeru, kita mahu pihak berkuasa tempatan (PBT) lebih tegas dalam menangani permasalahan ini.
  • “Pengusaha premis turut diberikan amaran agar tidak menggunakan kontraktor yang tidak berdaftar dengan PBT,” katanya dipetik Berita Harian ketika meninjau tapak sampah haram di Shah Alam, hari ini.

KUALA LUMPUR — Lebih 100 tapak sampah haram dikesan beroperasi di sekitar Selangor termasuk di Klang, Serdang dan Gombak. 

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim berkata ia susulan terdapat sebilangan premis masih menggunakan kontraktor haram bagi menjalankan aktiviti pembuangan sampah itu. 

“Antara lokasi tapak sampah haram adalah di Klang, Serdang dan Gombak. Justeru, kita mahu pihak berkuasa tempatan (PBT) lebih tegas dalam menangani permasalahan ini.

“Pengusaha premis turut diberikan amaran agar tidak menggunakan kontraktor yang tidak berdaftar dengan PBT,” katanya dipetik Berita Harian ketika meninjau tapak sampah haram di Shah Alam, hari ini.

Suee Lim berkata pihaknya juga tidak menolak isu pembuangan sampah haram sukar ditangani disebabkan pembabitan sindiket tertentu. 

Katanya, beliau akan mencadangkan pindaan undang-undang kecil Majlis Kerajaan Tempatan bagi meningkatkan hukuman kepada penjara sehingga dua tahun kepada pembuang sampah itu.

“Kita beri amaran kepada yang terbabit supaya tidak membuang sampah merata-rata dan akan mengambil tindakan terhadap pemilik tanah yang membenarkan berlakunya aktiviti ini secara tidak langsung,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending