Terkini
Impak usaha boikot, FamilyMart tamatkan kerjasama dengan syarikat Israel
Tindakan pemegang saham terbesar FamilyMart Co Ltd, Itochu Corporation yang akan menamatkan memorandum persefahaman (MoU) dengan Elbit Systems, sebuah syarikat persenjataan Israel adalah perkara yang diingini susulan tindakan boikot.
- Tindakan pemegang saham terbesar FamilyMart Co Ltd, Itochu Corporation yang akan menamatkan memorandum persefahaman (MoU) dengan Elbit Systems, sebuah syarikat persenjataan Israel adalah perkara yang diingini susulan tindakan boikot.
- Peguam, Aidil Khalid berkata apa yang diinginkan adalah semua syarikat korporat menggunakan segala usaha dan jalan untuk menekan dan mendesak sebarang hubungan dengan Israel ditamatkan.
- “Macam dalam kes FamilyMart ini, walaupun FamilyMart tidak berurusan terus dengan Israel, tetapi atas tekanan boikot dari masyarakat awam baik di Jepun mahupun di Malaysia, maka FamilyMart terpaksa menggunakan kedudukannya dalam rangkaian anak syarikat yang sama di bawah Itochu Corporation untuk mendesak Itochu Aviation menamatkan hubungan dengan Israel.
- “Konsep boikot tak semestinya kena ada hubungan langsung dan terus, baru boleh boikot. Template sama juga boleh digunakan untuk syarikat-syarikat lain termasuk McD Malaysia dan lain-lain syarikat,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
- FamilyMart Malaysia sebelum ini menerusi satu kenyataan berkata ia menyedari mengenai seruan di media sosial untuk memboikot FamilyMart di negara ini.
- Keputusan penamatan MoU itu dibuat bagi menyokong sokongan kerajaan Jepun terhadap perintah Mahkamah Keadilan Antarabangsa baru-baru ini, termasuk mencegah tindakan pembunuhan beramai-ramai di jalur Gaza.
KUALA LUMPUR — Tindakan pemegang saham terbesar FamilyMart Co Ltd, Itochu Corporation yang akan menamatkan memorandum persefahaman (MoU) dengan Elbit Systems, sebuah syarikat persenjataan Israel adalah perkara yang diingini susulan tindakan boikot.
Peguam, Aidil Khalid berkata apa yang diinginkan adalah semua syarikat korporat menggunakan segala usaha dan jalan untuk menekan dan mendesak sebarang hubungan dengan Israel ditamatkan.
Katanya, ini bukan soal sama ada syarikat itu mempunyai hubungan terus atau tidak, namun semua syarikat harus memainkan peranan dengan memberikan tekanan.
“Macam dalam kes FamilyMart ini, walaupun FamilyMart tidak berurusan terus dengan Israel, tetapi atas tekanan boikot dari masyarakat awam baik di Jepun mahupun di Malaysia, maka FamilyMart terpaksa menggunakan kedudukannya dalam rangkaian anak syarikat yang sama di bawah Itochu Corporation untuk mendesak Itochu Aviation menamatkan hubungan dengan Israel.
“Konsep boikot tak semestinya kena ada hubungan langsung dan terus baru boleh boikot. Template sama juga boleh digunakan untuk syarikat-syarikat lain termasuk McD Malaysia dan lain-lain syarikat.
“Cuma malangnya, setelah diboikot, McD Malaysia tak gunakan kedudukannya yang membayar royalti menggunakan nama franchise McD, untuk memberi tekanan kepada McD Amerika dan Israel;
“…Sebaliknya disaman pula pihak yang memboikot McD Malaysia, **selain berdrama memainkan sentimen sedih dan kasihan kepada para pekerja McD Malaysia, serta mengungkit membayar zakat,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
FamilyMart Malaysia sebelum ini menerusi satu kenyataan berkata ia menyedari mengenai seruan di media sosial untuk memboikot FamilyMart di negara ini.
Rangkaian kedai serbaneka itu berkata pihaknya dimaklumkan FamilyMart Co Ltd Japan semalam bahawa Itochu Aviation akan menamatkan MoU dengan Elbit Systems untuk mengimport teknologi pertahanan ke Jepun bagi tujuan keselamatan negara Jepun seperti dilaporkan berita di negara itu.
Keputusan itu dibuat bagi menyokong sokongan kerajaan Jepun terhadap perintah Mahkamah Keadilan Antarabangsa baru-baru ini, termasuk mencegah tindakan pembunuhan beramai-ramai di jalur Gaza.
Dalam pada itu, Aidil mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia dan FamilyMart kerana mengambil pendirian yang jelas untuk menolak genosid atau pembunuhan secara sengaja ke atas sesuatu bangsa.
“Atas sikap diambil FamilyMart dan Itochu ini, saya tak fikir kita perlu meneruskan boikot terhadap FamilyMart lagi. Tapi sekiranya kelak ada bukti hubungan tersebut tidak ditamatkan seperti dijanjikan atau ada hubungan sulit yang disembunyikan, maka ketika itu baru boleh kita boikot semula.
“Buat masa ini, kita wajar menyokong mana-mana perniagaan yang berani mengambil pendirian tegas seperti FamilyMart dan Itochu ini,” katanya. — The Merdeka Times