Connect with us

Terkini

Impak usaha boikot, FamilyMart tamatkan kerjasama dengan syarikat Israel

Tindakan pemegang saham terbesar FamilyMart Co Ltd, Itochu Corporation yang akan menamatkan memorandum persefahaman (MoU) dengan Elbit Systems, sebuah syarikat persenjataan Israel adalah perkara yang diingini susulan tindakan boikot.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Peguam, Aidil Khalid.
  • Tindakan pemegang saham terbesar FamilyMart Co Ltd, Itochu Corporation yang akan menamatkan memorandum persefahaman (MoU) dengan Elbit Systems, sebuah syarikat persenjataan Israel adalah perkara yang diingini susulan tindakan boikot.
  • Peguam, Aidil Khalid berkata apa yang diinginkan adalah semua syarikat korporat menggunakan segala usaha dan jalan untuk menekan dan mendesak sebarang hubungan dengan Israel ditamatkan. 
  • “Macam dalam kes FamilyMart ini, walaupun FamilyMart tidak berurusan terus dengan Israel, tetapi atas tekanan boikot dari masyarakat awam baik di Jepun mahupun di Malaysia, maka FamilyMart terpaksa menggunakan kedudukannya dalam rangkaian anak syarikat yang sama di bawah Itochu Corporation untuk mendesak Itochu Aviation menamatkan hubungan dengan Israel.
  • “Konsep boikot tak semestinya kena ada hubungan langsung dan terus, baru boleh boikot. Template sama juga boleh digunakan untuk syarikat-syarikat lain termasuk McD Malaysia dan lain-lain syarikat,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
  • FamilyMart Malaysia sebelum ini menerusi satu kenyataan berkata ia menyedari mengenai seruan di media sosial untuk memboikot FamilyMart di negara ini.
  • Keputusan penamatan MoU itu dibuat bagi menyokong sokongan kerajaan Jepun terhadap perintah Mahkamah Keadilan Antarabangsa baru-baru ini, termasuk mencegah tindakan pembunuhan beramai-ramai di jalur Gaza.

KUALA LUMPUR — Tindakan pemegang saham terbesar FamilyMart Co Ltd, Itochu Corporation yang akan menamatkan memorandum persefahaman (MoU) dengan Elbit Systems, sebuah syarikat persenjataan Israel adalah perkara yang diingini susulan tindakan boikot.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Peguam, Aidil Khalid berkata apa yang diinginkan adalah semua syarikat korporat menggunakan segala usaha dan jalan untuk menekan dan mendesak sebarang hubungan dengan Israel ditamatkan. 

Katanya, ini bukan soal sama ada syarikat itu mempunyai hubungan terus atau tidak, namun semua syarikat harus memainkan peranan dengan memberikan tekanan.

“Macam dalam kes FamilyMart ini, walaupun FamilyMart tidak berurusan terus dengan Israel, tetapi atas tekanan boikot dari masyarakat awam baik di Jepun mahupun di Malaysia, maka FamilyMart terpaksa menggunakan kedudukannya dalam rangkaian anak syarikat yang sama di bawah Itochu Corporation untuk mendesak Itochu Aviation menamatkan hubungan dengan Israel.

“Konsep boikot tak semestinya kena ada hubungan langsung dan terus baru boleh boikot. Template sama juga boleh digunakan untuk syarikat-syarikat lain termasuk McD Malaysia dan lain-lain syarikat.

Cuma malangnya, setelah diboikot, McD Malaysia tak gunakan kedudukannya yang membayar royalti menggunakan nama franchise McD, untuk memberi tekanan kepada McD Amerika dan Israel; 

“…Sebaliknya disaman pula pihak yang memboikot McD Malaysia, **selain berdrama memainkan sentimen sedih dan kasihan kepada para pekerja McD Malaysia, serta mengungkit membayar zakat,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

FamilyMart Malaysia sebelum ini menerusi satu kenyataan berkata ia menyedari mengenai seruan di media sosial untuk memboikot FamilyMart di negara ini.

Rangkaian kedai serbaneka itu berkata pihaknya dimaklumkan FamilyMart Co Ltd Japan semalam bahawa Itochu Aviation akan menamatkan MoU dengan Elbit Systems untuk mengimport teknologi pertahanan ke Jepun bagi tujuan keselamatan negara Jepun seperti dilaporkan berita di negara itu.

Keputusan itu dibuat bagi menyokong sokongan kerajaan Jepun terhadap perintah Mahkamah Keadilan Antarabangsa baru-baru ini, termasuk mencegah tindakan pembunuhan beramai-ramai di jalur Gaza.

Dalam pada itu, Aidil mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia dan FamilyMart kerana mengambil pendirian yang jelas untuk menolak genosid atau pembunuhan secara sengaja ke atas sesuatu bangsa.

Atas sikap diambil FamilyMart dan Itochu ini, saya tak fikir kita perlu meneruskan boikot terhadap FamilyMart lagi. Tapi sekiranya kelak ada bukti hubungan tersebut tidak ditamatkan seperti dijanjikan atau ada hubungan sulit yang disembunyikan, maka ketika itu baru boleh kita boikot semula.

“Buat masa ini, kita wajar menyokong mana-mana perniagaan yang berani mengambil pendirian tegas seperti FamilyMart dan Itochu ini,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai

Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Hidayah Sani

Published

on

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai
Foto: Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral.
  • Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp)  membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.
  • Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan  pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.
  • “Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.
  • “Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

KUALA LUMPUR — Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata anugerah itu berjaya mewujudkan perspektif kecemerlangan dengan mencapai satu tanda aras kualiti tinggi.

Beliau berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.

“Sepertimana tahun-tahun sebelum ini, SME Corp. Malaysia akan menjemput PMKS yang layak untuk menyertai Anugerah E50 pada tahun ini, iaitu syarikat-syarikat yang telah menerima penarafan 4-Bintang dan 5-Bintang di bawah Program Penarafan Daya Saing PKS untuk Peningkatan atau SCORE.

“Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.

“Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick yang turut mengucapkan syabas ke atas SME Corp. Malaysia kerana berjaya menganjurkan program itu secara berterusan sejak 1997.

Bagi tahun ini, syarikat ingin menyertainya perlu mengemukakan pencalonan mereka secara dalam talian melalui Sistem Bersepadu Penarafan Insentif PMKS (MyBPI) sebelum tarikh tutup pada 30 Jun 2024.

Syarat kelayakan Anugerah E50 adalah memenuhi definisi PMKS dan diperbadankan di Malaysia dengan sekurang-kurangnya 40 peratus ekuiti tempatan; mendapat penarafan empat dan lima bintang di bawah SCORE; tidak disenaraikan di Bursa Malaysia; mempunyai penyata kewangan beraudit tiga tahun terkini dan anak syarikat tidak layak jika syarikat induk mengambil bahagian.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Anugerah E50, boleh layari laman sesawang www.e50.com.my. — The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending