Antarabangsa
Gusar sikap Israel, Biden gelar Netanyahu “asshole”
Gusar dengan tindakan Perdana Menteri Israel, Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dilapor dalam sebuah perbualan peribadi menggelar Netanyahu sebagai “bodoh” (asshole).
- Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menyatakan kegusarannya terhadap Perdana Menteri Israel dalam perbualan peribadi mereka malah bertindak memanggilnya “bodoh” (asshole).
- Perkara tersebut berlangsung tetapi tiada perubahan dasar besar dikatakan bakal berlaku, lapor NBC News Isnin lalu.
- Dia turut bingung dengan penolakan Netanyahu terhadap perjanjian yang ditawarkan kerana menurut presiden AS, ia satu kemenangan bagi Israel, contohnya normalisasi Arab Saudi sebagai pertukaran dengan usaha dibangunkan negara Palestin.
- Januari lalu, Netanyahu dilaporkan menolak cadangan Setiausaha Negara AS Antony Blinken dalam usaha normalisasi Arab Saudi dengan Israel dengan persetujuan Baitulmaqdis membuka laluan terbinanya negara Palestin.
Gusar dengan tindakan Perdana Menteri Israel, Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dilapor dalam sebuah perbualan peribadi menggelar Netanyahu sebagai “bodoh” (asshole).
Insiden itu bagaimanapun tidak mengubah sebarang dasar terkait jenayah perang yang sedang dilakukan sekutunya zionis di Gaza.
Menurut NBC News, Biden meluahkan kekecewaannya kepada orang kenalan rapat termasuk penderma kempen, atas ketidakupayaannya untuk memujuk Israel mengubah taktik ketenteraannya di Gaza.
Presiden AS itu turut bingung dengan keputusan penolakan yang dibuat Netanyahu terhadap tawaran perjanjian yang menurutnya satu kemenangan bagi Israel, seperti normalisasi Arab Saudi sebagai pertukaran dengan usaha membangunkan negara Palestin.
Januari lalu, Netanyahu menolak cadangan Setiausaha Negara AS Antony Blinken dalam usaha normalisasi Arab Saudi dengan Israel, sebagai pertukaran Baitulmaqdis bersetuju membuka laluan ke arah pengiktirafan negara Palestin.
Biden juga dilapor cuba membuatkan Israel bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata dengan Hamas, tetapi Netanyahu terus bertindak menyukarkan keadaan.
Sekurang-kurangnya tiga kes baru-baru ini memperlihatkan Presiden AS itu memanggil Netanyahu sebagai “bodoh” (asshole), lapor tiga sumber yang enggan didedahkan namanya.
Bagaimanapun, menurut sumber, Biden berpendapat adalah sesuatu yang tidak produktif untuk terlalu mengkritik Netanyahu di khalayak ramai.
Perselisihan faham kedua-dua pemimpin itu dilapor menjadi semakin umum beberapa minggu kebelakangan ini. – The Merdeka Times