Connect with us

Antarabangsa

Gusar sikap Israel, Biden gelar Netanyahu “asshole”

Gusar dengan tindakan Perdana Menteri Israel, Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dilapor dalam sebuah perbualan peribadi menggelar Netanyahu sebagai “bodoh” (asshole).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden (kiri) dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kanan).
  • Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menyatakan kegusarannya terhadap Perdana Menteri Israel dalam perbualan peribadi mereka malah bertindak memanggilnya “bodoh” (asshole).
  • Perkara tersebut berlangsung tetapi tiada perubahan dasar besar dikatakan bakal berlaku, lapor NBC News Isnin lalu.
  • Dia turut bingung dengan penolakan Netanyahu terhadap perjanjian yang ditawarkan kerana menurut presiden AS, ia satu kemenangan bagi Israel, contohnya normalisasi Arab Saudi sebagai pertukaran dengan usaha dibangunkan negara Palestin.
  • Januari lalu, Netanyahu dilaporkan menolak cadangan Setiausaha Negara AS Antony Blinken dalam usaha normalisasi Arab Saudi dengan Israel dengan persetujuan Baitulmaqdis membuka laluan terbinanya negara Palestin.

Gusar dengan tindakan Perdana Menteri Israel, Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dilapor dalam sebuah perbualan peribadi menggelar Netanyahu sebagai “bodoh” (asshole).

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Insiden itu bagaimanapun tidak mengubah sebarang dasar terkait jenayah perang yang sedang dilakukan sekutunya zionis di Gaza.

Menurut NBC News, Biden meluahkan kekecewaannya kepada orang kenalan rapat termasuk penderma kempen, atas ketidakupayaannya untuk memujuk Israel mengubah taktik ketenteraannya di Gaza.

Presiden AS itu turut bingung dengan keputusan penolakan yang dibuat Netanyahu terhadap tawaran perjanjian yang menurutnya satu kemenangan bagi Israel, seperti normalisasi Arab Saudi sebagai pertukaran dengan usaha membangunkan negara Palestin.

Januari lalu, Netanyahu menolak cadangan Setiausaha Negara AS Antony Blinken dalam usaha normalisasi Arab Saudi dengan Israel, sebagai pertukaran Baitulmaqdis bersetuju membuka laluan ke arah pengiktirafan negara Palestin.

Biden juga dilapor cuba membuatkan Israel bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata dengan Hamas, tetapi Netanyahu terus bertindak menyukarkan keadaan.

Sekurang-kurangnya tiga kes baru-baru ini memperlihatkan Presiden AS itu memanggil Netanyahu sebagai “bodoh” (asshole), lapor tiga sumber yang enggan didedahkan namanya.

Bagaimanapun, menurut sumber, Biden berpendapat adalah sesuatu yang tidak produktif untuk terlalu mengkritik Netanyahu di khalayak ramai.

Perselisihan faham kedua-dua pemimpin itu dilapor menjadi semakin umum beberapa minggu kebelakangan ini. – The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Perang Gaza: Industri kurma Israel bimbang boikot Ramadan

Peperangan berterusan Israel ke atas Gaza menyukarkan penjualan kurma Israel di pasaran Eropah menjelang bulan Ramadan akan datang, lapor media Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Perang Gaza: Industri kurma Israel bimbang boikot Ramadan
Foto: Produk kurma dari Israel.
  • Peperangan berterusan Israel ke atas Gaza menyukarkan penjualan kurma Israel di pasaran Eropah menjelang bulan Ramadan akan datang, lapor media Israel.
  • Kira-kira satu pertiga daripada eksport tahunan kurma Israel berlaku pada bulan Ramadan tetapi tindakan boikot dibimbangi memberi kesan kepada produk hasil negara haram itu.
  • Menurut Haaretz, kempen pengiklanan berjumlah $550,000 (RM2.628 juta) bagi promosi kurma Medjool Israel ditangguhkan berikutan kebimbangan berlakunya boikot.
  • Penolakan terhadap produk Israel dalam kalangan masyarakat Muslim meningkat berikutan pertumpahan darah berterusan di Gaza.
  • “Sesiapa yang mendekati rak dan melihat ia tertulis “Made in Israel” akan berfikir dua kali,” kata ahli perniagaan yang terlibat dengan industri kurma kepada Haaretz dipetik MEE.

Peperangan berterusan Israel ke atas Gaza menyukarkan penjualan kurma Israel di pasaran Eropah menjelang bulan Ramadan akan datang, lapor media Israel.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Kira-kira satu pertiga daripada eksport tahunan kurma Israel berlaku pada bulan Ramadan tetapi tindakan boikot dibimbangi memberi kesan kepada produk hasil negara haram itu.

Menurut Haaretz, kempen pengiklanan berjumlah $550,000 (RM2.628 juta) bagi promosi kurma Medjool Israel ditangguhkan berikutan kebimbangan berlakunya boikot.

Penolakan terhadap produk Israel dalam kalangan masyarakat Muslim meningkat berikutan pertumpahan darah berterusan di Gaza.

“Sesiapa yang mendekati rak dan melihat ia tertulis “Made in Israel” akan berfikir dua kali,” kata ahli perniagaan yang terlibat dengan industri kurma kepada Haaretz dipetik MEE.

“Sebahagian besar kurma dijual pada bulan Ramadan dan di mana sahaja mereka (masyarakat Islam) boleh membelinya daripada orang lain, mereka akan cuba menghukum kami,” katanya.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat peningkatan kempen pergerakan Boikot, Lupus dan Sekat (BDS) dalam usaha mengenakan tekanan ekonomi ke atas syarikat Israel supaya pendudukan haram ditamatkan.

Kumpulan Kempen Solidariti Palestin mengatakan kebanyakan kurma Medjool Israel ditanam di penempatan haram Tebing Barat yang diduduki peneroka haram Israel. 

Kempen-kempen memerangi pendudukan haram sering memberi peringatan supaya pengguna menyemak tempat asal pengeluaran kurma itu sebelum pembelian dilakukan. – The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending