Antarabangsa
Tentera Israel diserang parasit
Puluhan askar Israel yang berpangkalan di sempadan Gaza menghidap penyakit kulit leishmaniasis, lapor akhbar tempatan Israel.
- Puluhan askar Israel yang berpangkalan di sempadan Gaza menghidap penyakit kulit leishmaniasis, lapor akhbar tempatan Israel.
- Akhbar Israel Maariv pada Ahad melaporkan puluhan tentera disyaki mengalami penyakit kulit disebabkan parasit Leishmania, mengundang penyakit Rose of Jericho (Leishmaniasis) yang menyebabkan “sakit kulit berulser.”
- Laporan itu berkata beberapa askar dihantar untuk ujian makmal dengan keputusan belum diperolehi, manakala yang lain dibawa ke klinik dermatologi untuk rawatan.
- “Leishmania satu bencana yang telah melanda negara selama beberapa tahun.
- “Dalam Operasi Protective Edge (perang 2014 ke atas Gaza) pada musim panas 2014, kami merawat banyak jangkitan tentera yang menghidap Leishmania,” kata pakar perubatan dalaman dan perubatan perjalanan, Pusat Perubatan Tel Hashomer, Eli Schwartz.
Puluhan askar Israel yang berpangkalan di sempadan Gaza menghidap penyakit kulit leishmaniasis, lapor akhbar tempatan Israel.
Akhbar Israel Maariv pada Ahad melaporkan puluhan tentera disyaki mengalami penyakit kulit disebabkan parasit Leishmania, mengundang penyakit Rose of Jericho (Leishmaniasis) yang menyebabkan “sakit kulit berulser.”
Laporan itu berkata beberapa askar dihantar untuk ujian makmal dengan keputusan belum diperolehi, manakala yang lain dibawa ke klinik dermatologi untuk rawatan.
“Leishmania satu bencana yang telah melanda negara selama beberapa tahun.
“Dalam Operasi Protective Edge (perang 2014 ke atas Gaza) pada musim panas 2014, kami merawat banyak jangkitan tentera yang menghidap Leishmania,” kata pakar perubatan dalaman dan perubatan perjalanan, Pusat Perubatan Tel Hashomer, Eli Schwartz.
Pakar perubatan itu turut mengakui bahawa “penyakit itu kembali semula pada permulaan pertempuran 7 Oktober lalu”.
Beliau turut menjelaskan jangkitan parasit tidak berlaku di Gaza, tetapi hanya berlaku di kawasan sekitar wilayah konflik itu.
Menurut pakar, parasit Leishmania disebarkan kepada manusia melalui gigitan lalat kecil dengan setiap gigitan meninggalkan kesan luka meradang dan menyakitkan yang melarat.
Pada sesetengah keadaan, pemberhentian operasi perlu dilakukan kerana rawatan kompleks terhadap tentera yang mendapat jangkitan hanya dapat dijalankan di hospital.
Sejak serangan Hamas 7 Oktober lalu, Israel meneruskan serangan tanpa henti di Gaza, membunuh sekurang-kurangnya 21,822 rakyat Palestin dan mencederakan lebih 56,451 yang lain, menurut pegawai kesihatan Palestin. – The Merdeka Times