Connect with us

Antarabangsa

Tentera Israel diserang parasit

Puluhan askar Israel yang berpangkalan di sempadan Gaza menghidap penyakit kulit leishmaniasis, lapor akhbar tempatan Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Tentera Israel diserang parasit
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Puluhan askar Israel yang berpangkalan di sempadan Gaza menghidap penyakit kulit leishmaniasis, lapor akhbar tempatan Israel.
  • Akhbar Israel Maariv pada Ahad melaporkan puluhan tentera disyaki mengalami penyakit kulit disebabkan parasit Leishmania, mengundang penyakit Rose of Jericho (Leishmaniasis) yang menyebabkan “sakit kulit berulser.”
  • Laporan itu berkata beberapa askar dihantar untuk ujian makmal dengan keputusan belum diperolehi, manakala yang lain dibawa ke klinik dermatologi untuk rawatan.
  • “Leishmania satu bencana yang telah melanda negara selama beberapa tahun. 
  • “Dalam Operasi Protective Edge (perang 2014 ke atas Gaza) pada musim panas 2014, kami merawat banyak jangkitan tentera yang menghidap Leishmania,” kata pakar perubatan dalaman dan perubatan perjalanan, Pusat Perubatan Tel Hashomer, Eli Schwartz.

Puluhan askar Israel yang berpangkalan di sempadan Gaza menghidap penyakit kulit leishmaniasis, lapor akhbar tempatan Israel.

Akhbar Israel Maariv pada Ahad melaporkan puluhan tentera disyaki mengalami penyakit kulit disebabkan parasit Leishmania, mengundang penyakit Rose of Jericho (Leishmaniasis) yang menyebabkan “sakit kulit berulser.”

Laporan itu berkata beberapa askar dihantar untuk ujian makmal dengan keputusan belum diperolehi, manakala yang lain dibawa ke klinik dermatologi untuk rawatan.

“Leishmania satu bencana yang telah melanda negara selama beberapa tahun. 

“Dalam Operasi Protective Edge (perang 2014 ke atas Gaza) pada musim panas 2014, kami merawat banyak jangkitan tentera yang menghidap Leishmania,” kata pakar perubatan dalaman dan perubatan perjalanan, Pusat Perubatan Tel Hashomer, Eli Schwartz.

Pakar perubatan itu turut mengakui bahawa “penyakit itu kembali semula pada permulaan pertempuran 7 Oktober lalu”.

Beliau turut menjelaskan jangkitan parasit tidak berlaku di Gaza, tetapi hanya berlaku di kawasan sekitar wilayah konflik itu.

Menurut pakar, parasit Leishmania disebarkan kepada manusia melalui gigitan lalat kecil dengan setiap gigitan meninggalkan kesan luka meradang dan menyakitkan yang melarat.

Pada sesetengah keadaan, pemberhentian operasi perlu dilakukan kerana rawatan kompleks terhadap tentera yang mendapat jangkitan hanya dapat dijalankan di hospital.

Sejak serangan Hamas 7 Oktober lalu, Israel meneruskan serangan tanpa henti di Gaza, membunuh sekurang-kurangnya 21,822 rakyat Palestin dan mencederakan lebih 56,451 yang lain, menurut pegawai kesihatan Palestin. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

Lubnan haramkan alat kelui dari pesawat

Lubnan mengharamkan alat kelui dan walkie-talkie dari penerbangan ke dan dari Beirut, lapor Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lubnan mengharamkan alat kelui dan walkie-talkie dari penerbangan ke dan dari Beirut, lapor Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA).
  • Sekatan itu dilakukan selepas 37 individu terbunuh dan kira-kira 3,000 cedera apabila peranti komunikasi tanpa wayar (alat kelui) digunakan anggota Hizbullah meletup di seluruh Lubnan sepanjang Selasa dan Rabu, dipercayai didalangi Israel.
  • “Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut Rafic Hariri pada Rabu mengeluarkan arahan baharu melarang penumpang membawa alat kelui dan walkie-talkie di dalam mana-mana pesawat,” kata Ketua Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Lubnan, Faid El Hassan dipetik NNA pada Khamis.
  • Larangan baharu itu terpakai kepada semua jenis bagasi dan kargo.
  • Setakat ini, Israel tidak mengesahkan atau menafikan penglibatannya, namun beberapa media melaporkan agensi pengintip Israel Mossad bertanggungjawab dalam insiden letupan alat komunikasi di Lubnan itu.
  • The New York Times yang memetik sumber berkata Mossad menubuhkan firma palsu di Hungary untuk menghasilkan alat kelui yang dikompromi di bawah perjanjian pelesenan dengan syarikat Taiwan.

Lubnan mengharamkan alat kelui dan walkie-talkie dari penerbangan ke dan dari Beirut, lapor Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA).

Sekatan itu dilakukan selepas 37 individu terbunuh dan kira-kira 3,000 cedera apabila peranti komunikasi tanpa wayar (alat kelui) digunakan anggota Hizbullah meletup di seluruh Lubnan sepanjang Selasa dan Rabu, dipercayai didalangi Israel.

“Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut Rafic Hariri pada Rabu mengeluarkan arahan baharu melarang penumpang membawa alat kelui dan walkie-talkie di dalam mana-mana pesawat,” kata Ketua Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Lubnan, Faid El Hassan dipetik NNA pada Khamis.

Larangan baharu itu terpakai kepada semua jenis bagasi dan kargo.

Media antarabangsa melaporkan Hizbullah memilih menggunakan alat kelui sebagai kaedah komunikasi berteknologi rendah yang dikatakan ‘selamat’ kerana bimbang Israel menggodam telefon pintar mereka dan menggunakannya untuk pengawasan.

Setakat ini, Israel tidak mengesahkan atau menafikan penglibatannya, namun beberapa media melaporkan agensi pengintip Israel Mossad bertanggungjawab dalam insiden letupan alat komunikasi di Lubnan itu.

The New York Times yang memetik sumber berkata Mossad menubuhkan firma palsu di Hungary untuk menghasilkan alat kelui yang dikompromi di bawah perjanjian pelesenan dengan syarikat Taiwan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending