Antarabangsa
Pemerdagangan seks wanita dan golongan bawah umur, aktivis ‘furry’ dipenjara seumur hidup
Seorang aktivis ‘furry’ dipenjara seumur hidup selepas mengaku bersalah melakukan pemerdagangan seks terhadap seorang wanita yang ditahan sebagai tebusan untuk menghasilkan kandungan Onlyfans.

- Seorang aktivis ‘furry’ dipenjara seumur hidup selepas mengaku bersalah melakukan pemerdagangan seks terhadap seorang wanita yang ditahan sebagai tebusan untuk menghasilkan kandungan Onlyfans.
- Austin Taylor Koeckeritz dari River Falls, Wisconsin, Amerika Syarikat (AS) ditahan pada Ogos 2022 selepas mangsanya berjaya melepaskan diri, lapor Reduxx.
- ‘Furries’ merujuk kepada kelompok yang obses dengan watak haiwan dengan ciri-ciri manusia, khususnya seseorang berpakaian kostum sedemikian.
- Mangsa memaklumkan kepada penyiasat bahawa dia dibebaskan untuk seketika kemudian dikurung semula di dalam bilik dan dipaksa membuat video seksual di platform Onlyfans setiap hari.
- Jabatan Kehakiman AS pada 30 November 2023 mengumumkan mahkamah menerima pengakuan bersalah Koeckertiz atas dua pertuduhan iaitu pemerdagangan seks secara paksa, penipuan atau paksaan; dan perdagangan kanak-kanak bawah umur.
Seorang aktivis ‘furry’ dipenjara seumur hidup selepas mengaku bersalah melakukan pemerdagangan seks terhadap seorang wanita yang ditahan sebagai tebusan untuk menghasilkan kandungan Onlyfans.
Austin Taylor Koeckeritz dari River Falls, Wisconsin, Amerika Syarikat (AS) ditahan pada Ogos 2022 selepas mangsanya berjaya melepaskan diri, lapor Reduxx.
‘Furries’ merujuk kepada kelompok yang obses dengan watak haiwan dengan ciri-ciri manusia, khususnya seseorang berpakaian kostum sedemikian.
Menurut laporan dikemukakan Perkhidmatan Pembela Persekutuan bagi pihak Koeckertiz pada Februari 2023, beliau dan mangsanya bertemu sebagai rakan kongsi perniagaan.
Mangsa Koeckeritz dipakaikan dengan sut berbulu menyerupai serigala berbulu hitam dan putih sambil membuat kandungan erotik, manakala Koeckeritz mempunyai kostumnya sendiri berupa serigala hitam berbulu biru.
Mangsa memaklumkan kepada penyiasat bahawa dia hanya dibebaskan untuk seketika kemudian dikurung semula di dalam bilik dan dipaksa membuat video seksual di platform Onlyfans setiap hari.
Koeckeritz didakwa mengambil keseluruhan pendapatan daripada rakaman video itu dan tidak membenarkan mangsa berhubung dengan keluarga atau rakannya.
Koeckeritz juga didakwa menuang minyak masak panas ke atas mangsa dan pernah mengejar mangsa di sekitar rumah dengan senapang AR-15 selain mempunyai mangsa kedua berusia 14 atau 15 tahun pada masa itu.
Menurut laporan di mahkamah, Koeckeritz telah mendedahkan mangsa dengan kandungan seksual dan menggalakkan mangsa memasuki perdagangan seks ‘furry’.
Jabatan Kehakiman AS pada 30 November 2023 mengumumkan mahkamah menerima pengakuan bersalah Koeckertiz atas dua pertuduhan iaitu melakukan pemerdagangan seks secara paksa, penipuan atau paksaan; dan perdagangan kanak-kanak bawah umur. – The Merdeka Times

You must be logged in to post a comment Login