Connect with us

Antarabangsa

Pembunuhan tahun baru, Muslim Meitei di Manipur gesa pelaku ditangkap

Sekumpulan Muslim Meitei (Meitei Pangals) membentuk jawatankuasa tindakan bersama untuk membantu mangsa insiden pada Isnin lalu, di mana empat anggota masyarakat minoriti itu terbunuh dan 14 lain cedera di daerah Thoubal, Manipur, India.

Wartawan TMT

Published

on

Pembunuhan tahun baru, Muslim Meitei di Manipur gesa pelaku ditangkap
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekumpulan Muslim Meitei (Meitei Pangals) membentuk jawatankuasa tindakan bersama untuk membantu mangsa insiden pada Isnin lalu, di mana empat anggota masyarakat minoriti itu terbunuh dan 14 lain cedera di daerah Thoubal, Manipur, India.
  • Mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Mohammed Sirajuddin, Hussain, Azad Khan dan Daulat.
  • Dalam insiden yang berlaku pada jam 7.30 malam Isnin, antara 20 hingga 30 individu berpakaian seragam polis didakwa memasuki rumah Pangal di kawasan Lilong Chingjao daerah Thoubal, merompak wang tunai dan emas bernilai Rs 2 lakh.
  • Penduduk tempatan cuba campur tangan, tetapi kelompok itu melepaskan tembakan ke arah penduduk Pangal, menyebabkan empat kematian dan lebih 14 cedera dalam insiden tahun baru itu.
  • The Wire melaporkan Polis Manipur telah mengeluarkan kenyataan akhbar pada Isnin membincangkan operasi carian di kawasan Thoubal, tetapi tidak menyebut tentang kematian empat individu Pangal.

Sekumpulan Muslim Meitei (Meitei Pangals) membentuk jawatankuasa tindakan bersama untuk membantu mangsa insiden pada Isnin lalu, di mana empat anggota masyarakat minoriti itu terbunuh dan 14 lain cedera di daerah Thoubal, Manipur, India.

Mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Mohammed Sirajuddin, Hussain, Azad Khan dan Daulat.

Dalam insiden yang berlaku pada jam 7.30 malam Isnin, antara 20 hingga 30 individu berpakaian seragam polis didakwa memasuki rumah Pangal di kawasan Lilong Chingjao daerah Thoubal, merompak wang tunai dan emas bernilai Rs 2 lakh.

Penduduk tempatan cuba campur tangan, tetapi kelompok itu melepaskan tembakan ke arah penduduk Pangal, menyebabkan empat kematian dan lebih 14 cedera dalam insiden tahun baru itu.

Komuniti Meitei Pangals yang bertemu di Manipur pada Selasa, meluluskan resolusi menggesa kerajaan menangkap semua pesalah dalam tempoh 48 jam.

Mereka juga meminta kerajaan negeri Manipur menyerahkan kes itu kepada agensi anti-keganasan India, Agensi Penyiasatan Kebangsaan.

Komuniti Pangal juga membentuk jawatankuasa tindakan bersama diketuai Maulana Habibullah Sheikh untuk membantu mangsa insiden itu.

The Wire melaporkan Polis Manipur telah mengeluarkan kenyataan akhbar pada Isnin membincangkan operasi carian di kawasan Thoubal, tetapi tidak menyebut tentang kematian empat individu Pangal.

Perintah berkurung telah dikuatkuasakan di daerah Thoubal.

Presiden Jamiat Ulama-i-Hind, Maulana Mahmood Asa’d Madani dilaporkan menulis surat kepada Menteri Dalam Negeri India, Amit Shah dan Ketua Menteri Manipur, N.Biren Singh menggesa tindakan tegas terhadap pelaku jenayah kejam itu.

Beliau berkata tanggungjawab utama kerajaan adalah untuk melindungi nyawa dan harta benda semua rakyat, menggesa siasatan kehakiman peringkat tertinggi terhadap punca kepada insiden itu, termasuk dakwaan cubaan peras ugut. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

Lubnan haramkan alat kelui dari pesawat

Lubnan mengharamkan alat kelui dan walkie-talkie dari penerbangan ke dan dari Beirut, lapor Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lubnan mengharamkan alat kelui dan walkie-talkie dari penerbangan ke dan dari Beirut, lapor Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA).
  • Sekatan itu dilakukan selepas 37 individu terbunuh dan kira-kira 3,000 cedera apabila peranti komunikasi tanpa wayar (alat kelui) digunakan anggota Hizbullah meletup di seluruh Lubnan sepanjang Selasa dan Rabu, dipercayai didalangi Israel.
  • “Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut Rafic Hariri pada Rabu mengeluarkan arahan baharu melarang penumpang membawa alat kelui dan walkie-talkie di dalam mana-mana pesawat,” kata Ketua Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Lubnan, Faid El Hassan dipetik NNA pada Khamis.
  • Larangan baharu itu terpakai kepada semua jenis bagasi dan kargo.
  • Setakat ini, Israel tidak mengesahkan atau menafikan penglibatannya, namun beberapa media melaporkan agensi pengintip Israel Mossad bertanggungjawab dalam insiden letupan alat komunikasi di Lubnan itu.
  • The New York Times yang memetik sumber berkata Mossad menubuhkan firma palsu di Hungary untuk menghasilkan alat kelui yang dikompromi di bawah perjanjian pelesenan dengan syarikat Taiwan.

Lubnan mengharamkan alat kelui dan walkie-talkie dari penerbangan ke dan dari Beirut, lapor Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA).

Sekatan itu dilakukan selepas 37 individu terbunuh dan kira-kira 3,000 cedera apabila peranti komunikasi tanpa wayar (alat kelui) digunakan anggota Hizbullah meletup di seluruh Lubnan sepanjang Selasa dan Rabu, dipercayai didalangi Israel.

“Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut Rafic Hariri pada Rabu mengeluarkan arahan baharu melarang penumpang membawa alat kelui dan walkie-talkie di dalam mana-mana pesawat,” kata Ketua Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Lubnan, Faid El Hassan dipetik NNA pada Khamis.

Larangan baharu itu terpakai kepada semua jenis bagasi dan kargo.

Media antarabangsa melaporkan Hizbullah memilih menggunakan alat kelui sebagai kaedah komunikasi berteknologi rendah yang dikatakan ‘selamat’ kerana bimbang Israel menggodam telefon pintar mereka dan menggunakannya untuk pengawasan.

Setakat ini, Israel tidak mengesahkan atau menafikan penglibatannya, namun beberapa media melaporkan agensi pengintip Israel Mossad bertanggungjawab dalam insiden letupan alat komunikasi di Lubnan itu.

The New York Times yang memetik sumber berkata Mossad menubuhkan firma palsu di Hungary untuk menghasilkan alat kelui yang dikompromi di bawah perjanjian pelesenan dengan syarikat Taiwan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending