Connect with us

Terkini

Langkah Dubai: Anwar nasihat Tun M jaga kesihatan

“Jaga kesihatan”, itu pesanan ringkas Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya berhubung kenyataan terbaru pemimpin berusia 98 tahun itu berhubung isu kerajaan pintu belakang.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Langkah Dubai: Anwar nasihat Tun M jaga kesihatan
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) & Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan).
  • “Jaga kesihatan”, itu pesanan ringkas Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya berhubung kenyataan terbaru pemimpin berusia 98 tahun itu berhubung isu kerajaan pintu belakang.
  • Perdana Menteri, yang enggan melayan perkara itu, hanya menitipkan nasihat tersebut sambil tersenyum, selepas selesai merasmikan program Wacana Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini hari ini.
  • Media sebelum ini, melaporkan Dr Mahathir menolak dakwaan beliau terlibat Langkah Dubai yang dikatakan bagi menjatuhkan kerajaan.

KUALA LUMPUR – “Jaga kesihatan”, itu pesanan ringkas Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya berhubung kenyataan terbaru pemimpin berusia 98 tahun itu berhubung isu kerajaan pintu belakang.

Perdana Menteri, yang enggan melayan perkara berkenaan, hanya menitipkan nasihat tersebut sambil tersenyum, selepas selesai merasmikan program Wacana Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Dr Mahathir menolak dakwaan beliau terlibat dengan Langkah Dubai yang dikatakan bagi menjatuhkan kerajaan.

Sabtu lepas, Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Datuk Ismail Yusop dilaporkan mendakwa Langkah Dubai timbul sewaktu percutian pemimpin pembangkang termasuk dari pihak kerajaan di ibu kota Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini.

Susulan itu, Anwar berkata, beliau maklum mengenai Langkah Dubai, namun baginya gerakan yang dikatakan untuk menjatuhkan Kerajaan Madani itu tidak langsung memberi kesan kepada pentadbirannya. – Bernama

Sumber : Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *