Connect with us

Terkini

Daim diherdik di akhir hayatnya kerana dendam – Tun M

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Dari kiri bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin & bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
  • Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang dilaporkan meninggal dunia pagi ini sepatutnya disanjung kerana sumbangannya untuk bangsa, negara dan agama, bukannya diherdik kerana dendam, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
  • Tun Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri berkata, beliau kehilangan seorang sahabat yang bersamanya berjuang untuk bangsa, negara dan agama.
  • “Saya sedih tidak terhingga. Sepatutnya dia disanjung kerana sumbangannya kepada perjuangan tetapi di akhir hayatnya dia diherdik tanpa sebab. Tanpa sebab! Kerana dendam, ” kata Dr Mahathir  menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini tanpa menyatakan lebih lanjut bentuk herdikan diterima sahabatnya, Allahyarham Daim.
  • Dr Mahathir turut mendoakan supaya Allah mengadili Allahyarham Daim berasaskan keadilan dan menempatkan Allahyarham sebagai pejuang bangsa di akhirat.

KUALA LUMPUR — Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang dilaporkan meninggal dunia pagi ini sepatutnya disanjung kerana sumbangannya untuk bangsa, negara dan agama, bukannya diherdik kerana dendam, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tun Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri berkata, beliau kehilangan seorang sahabat yang bersamanya berjuang untuk bangsa, negara dan agama.

“Saya sedih tidak terhingga. Sepatutnya dia disanjung kerana sumbangannya kepada perjuangan tetapi di akhir hayatnya dia diherdik tanpa sebab. Tanpa sebab! Kerana dendam, ” kata Dr Mahathir  menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini tanpa menyatakan lebih lanjut bentuk herdikan diterima sahabatnya, Allahyarham Daim.

Dr Mahathir turut mendoakan supaya Allah mengadili Allahyarham Daim berasaskan keadilan dan menempatkan Allahyarham sebagai pejuang bangsa di akhirat.

 

Foto: Tangkap layar hantaran Tun Dr Mahathir di Facebook hari ini.

BERNAMA hari ini melaporkan Daim yang sebelum ini memegang jawatan Menteri Kewangan dari 1984 hingga 1991, dan kali kedua pada 1999-2001 meninggal dunia pada usia 86 tahun di sebuah hospital swasta, pagi tadi.

Pemergian Allahyarham atau nama sebenarnya Che Abdul Zaim Zainuddin disahkan peguam beliau Datuk Dr Gurdial Singh Nijar.

Pada 29 Januari lalu, Tun Daim mengaku tidak bersalah atas pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta, termasuk beberapa kenderaan mewah, syarikat dan hartanah di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah.

Isterinya, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid, 67, pula didakwa pada 23 Januari atas satu pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta, termasuk Menara Ilham dan beberapa hartanah di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan didenda maksimum RM100,000, jika sabit kesalahan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *