Connect with us

Antarabangsa

ICJ akan dengar kes genosid Israel minggu depan

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) akan mendengar hujahan dari Afrika Selatan dan Israel minggu depan selepas Pretoria membuka kes berhubung tindakan genosid rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza. 

Wartawan TMT

Published

on

ICJ akan dengar kes genosid Israel minggu depan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) akan mendengar hujahan dari Afrika Selatan dan Israel minggu depan selepas Pretoria membuka kes berhubung tindakan genosid rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.
  • Afrika Selatan mahu ICJ mengarahkan Israel untuk segera menggantung operasi ketenteraannya di Gaza.
  • ICJ akan mengadakan perbicaraan awam di Istana Keamanan di The Hague pada 11 dan 12 Januari ini, kata mahkamah antarabangsa itu dalam kenyataan.
  • Afrika Selatan pada Jumaat lalu memfailkan permohonan di ICJ terhadap rejim Israel yang didakwa melanggar Konvensyen Genosid berhubung tindakannya ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) akan mendengar hujahan dari Afrika Selatan dan Israel minggu depan selepas Pretoria membuka kes berhubung tindakan genosid rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza. 

Afrika Selatan mahu ICJ mengarahkan Israel untuk segera menggantung operasi ketenteraannya di Gaza.

ICJ akan mengadakan perbicaraan awam di Istana Keamanan di The Hague pada 11 dan 12 Januari ini, kata mahkamah antarabangsa itu dalam kenyataan.

Afrika Selatan pada Jumaat lalu memfailkan permohonan di ICJ terhadap rejim Israel yang didakwa melanggar Konvensyen Genosid berhubung tindakannya ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Israel menolak pertuduhan itu dengan Jurucakap Kementerian Luar Israel, Lior Haiat menulis di aplikasi X bahawa, “Israel menolak dengan jijik penyebaran fitnah Afrika Selatan dan permohonannya kepada ICJ”.

Afrika Selatan turut meminta mahkamah memerintahkan kepada Israel untuk segera menggantung operasi ketenteraannya di Gaza selain meminta tindakan munasabah diambil bagi mencegah pembunuhan beramai-ramai di wilayah konflik itu. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Peneroka haram Israel bersenjata rampas biri-biri keluarga Palestin

Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
  • Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
  • Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
  • Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
  • Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur. 
  • Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.

Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.

Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.

Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.

Pihak berkuasa Israel dikatakan bersikap lembut dengan peneroka haram sebagai sebahagian usaha rasmi rejim untuk mempergiatkan aktiviti penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki.

Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur. 

Penempatan Israel dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.

Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat di tengah-tengah serangan Israel di Gaza yang telah membunuh hampir 41,300 warga Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan rentas sempadan kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.

Sekurang-kurangnya 710 rakyat Palestin terbunuh dan hampir 5,700 lagi cedera akibat serangan tentera Israel di Tebing Barat sejak tempoh sama, demikian menurut Kementerian Kesihatan.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending