Terkini
(VIDEO) Tentera rejim Israel tahan, ‘bogelkan’ penduduk awam Gaza
Satu video tular di media sosial menunjukkan puluhan warga Palestin ditahan, didera dan ‘dibogelkan’ tentera rejim penjajah Israel di sebuah stadium di Gaza.
- Satu video tular di media sosial menunjukkan puluhan warga Palestin ditahan, didera dan ‘dibogelkan’ tentera rejim penjajah Israel di sebuah stadium di Gaza.
- Video dimuat naik Quds News Network di platform X pada Selasa itu merakamkan orang awam di Gaza ditempatkan di stadium bolasepak dengan terdapat kesan kecederaan pada badan dipercayai dipukul dan diseksa.
- Hantaran itu turut memaparkan ratusan penduduk Gaza ditahan terdiri daripada kalangan wanita, warga emas dan kanak-kanak.
- Video berasingan dimuat naik seorang jurufoto Israel pula memaparkan tentera rejim pengganas zionis menceroboh rumah penduduk Gaza dan menunjukkan gambar keluarga yang dikhuatiri dibawa ke kem tahanan atau dibunuh.
KUALA LUMPUR – Satu video tular di media sosial menunjukkan puluhan warga Palestin ditahan, didera dan ‘dibogelkan’ tentera rejim penjajah Israel di sebuah stadium di Gaza.
Video dimuat naik Quds News Network di platform X pada Selasa itu merakamkan orang awam di Gaza ditempatkan di stadium bolasepak dengan terdapat kesan kecederaan pada badan dipercayai dipukul dan diseksa.
Hantaran itu turut memaparkan ratusan penduduk Gaza ditahan terdiri daripada kalangan wanita, warga emas dan kanak-kanak.
Pengarah Pejabat Hak Asasi Manusia Mediterranean, Rami Abdo berkata rejim zionis Israel secara paksa merampas pakaian tawanan dan mengubah stadium di Gaza menjadi kem tahanan.
“Eksekusi (pelaksanaan hukuman) di lapangan dan penahanan besar-besaran. Rakaman menakutkan tentera penjajah Israel menjadikan Stadium Gaza sebagai kem tahanan kolektif. Video itu menunjukkan penahanan ratusan orang awam, termasuk wanita, warga emas dan kanak-kanak,” kata Rami dipetik Roya News.
Video berasingan dimuat naik seorang jurufoto Israel pula memaparkan tentera rejim pengganas zionis menceroboh rumah penduduk Gaza dan menunjukkan gambar keluarga yang dikhuatiri dibawa ke kem tahanan atau dibunuh. – The Merdeka Times
Antarabangsa
Israel bom depot senjata berdekatan pangkalan udara Russia di Syria
Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
- Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
- Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria.
- Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
- Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.
Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria.
Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
Pertahanan udara Russia dan Syria dilaporkan memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit.
Terdapat dakwaan bahawa pertahanan udara memintas peluru berpandu di luar pantai Jableh, sebuah bandar di barat laut Syria, dengan anggaran 30 peluru berpandu dilancarkan.
Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.
Laporan tempatan lain mencadangkan sebuah pesawat Iran di lapangan terbang mungkin turut menjadi sasaran.
Israel yang sering menjalankan operasi terhadap sasaran berkaitan dengan Iran di Syria belum memberikan sebarang komen mengenai insiden letupan itu. — The Merdeka Times