Antarabangsa
(VIDEO) Tuhan hanyalah ‘pemain simpanan’ bagi Israel – Profesor Yahudi
Perbezaan corak pemikiran Hamas adalah Allah dijadikan ‘pemain utama’, manakala Tuhan hanyalah ‘pemain simpanan’ bagi Israel, kata seorang profesor Yahudi

Perbezaan corak pemikiran Hamas adalah Allah dijadikan ‘pemain utama’, manakala Tuhan hanyalah ‘pemain simpanan’ bagi Israel, kata seorang profesor Yahudi
Dr Mordechai Kedar menyatakan demikian ketika membandingkan dua kumpulan dengan corak pemikiran mengenai Tuhan yang jauh berbeza itu.
“Satu hari, saya berdebat dengan Tzipi Livni di studio. Saya beritahu dia bahawa komposisi agama mereka (orang Islam) dominan. Bagi mereka (orang Islam), Allah ‘pemain’ sebenar kalau bukan satu-satunya ‘pemain’ (bagi) mereka.
“Bagi kita (Israel), jika Tuhan turun padang sekalipun, Dia pemain simpanan (bagi kita),” katanya ketika ditemubual saluran Israel Channel 14.
Video temubual itu dikongsikan Middle East Eye di TikTok.
Mordechai turut memetik ayat al-Quran bagi menggambarkan dari mana datangnya motivasi, kesanggupan dan kegigihan Hamas untuk bertahan selama mungkin dalam peperangan.
“Dengar ini, ada ayat dalam Quran yang mengatakan: “Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar,” Allah bersama mereka yang mempunyai keupayaan untuk bertahan selama mungkin. Cuba fahamkan; “Sabar,” kita tiada perkataan ini dalam (bahasa) Ibrani.
“Sabar adalah apabila ahli Hamas di dalam terowong selama dua atau tiga bulan, tidak melihat cahaya matahari, makan pun tidak, kemudiannya keluar dengan senapang Kalashnikov (AK-47) dan bunuh Yahudi.
“Kenapa? Kerana dia mempunyai keupayaan untuk bertahan dan perkara ini tidak jelas bagi saya,” katanya.
Apabila Mordechai menyebut tentang semangat juang Hamas yang “memandang ke hadapan,” seorang penemubual mencelah dan menegaskan warga Israel juga umat yang ‘kekal’ dengan generasi penerus yang akan tetap terus berjuang, Mordechai membalas mudah dengan mempersoalkan realiti Israel yang harus difikirkan.
“Adakah Amerika akan tanggung kamu (Israel) sampai bila-bila? Adakah Eropah akan bantu kamu selamanya? Apakah komuniti Yahudi akan sentiasa menyokong kamu? Inilah soalan-soalan yang penting,” katanya kepada mereka. – The Merdeka Times
View this post on Instagram
