Terkini
Tiada cap jari, iris pengguna dirakam dalam Identiti Digital Nasional – Fahmi Fadzil
Pelaksanaan Identiti Digital Nasional (IDN) di Malaysia tidak akan merakam cap jari atau iris pengguna.
- Sistem IDN yang dibangunkan negara ini jauh berbeza dengan negara-negara lain seperti Kanada dan India.- Menteri
- IDN di Malaysia tidak akan merakam cap jari atau iris pengguna.
- Ia sekaligus menjamin keselamatan data pengguna bagi sistem yang dibangunkan di bawah Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia (MIMOS Bhd) tersebut.
KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Identiti Digital Nasional (IDN) di Malaysia tidak akan merakam cap jari atau iris pengguna.
Ia sekaligus menjamin keselamatan data pengguna bagi sistem yang dibangunkan di bawah Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia (MIMOS Bhd) tersebut.
Menurut Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, sistem IDN yang dibangunkan negara ini jauh berbeza dengan negara-negara lain seperti Kanada dan India.
“… dan yang penting di sini dalam konteks Malaysia sistem adalah untuk memudahkan supaya rakyat Malaysia, hanya memerlukan satu kata laluan untuk masuk di semua aplikasi kerajaan.
“Ini bukan hanya memudahkan kita sebagai rakyat Malaysia sebagai pengguna tetapi menjimatkan pihak kerajaan.
“Kita tahu kalau nak bina satu modul untuk pendaftaran yang dikenali juga sebagai EKYC, kosnya tinggi. Jadi bagi pihak kerajaan ini juga satu langkah penjimatan,” katanya ketika ditemui pemberita pada program Run Hack: Scam Alert 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.
Jelas beliau , pelaksanaan IDN masih di peringkat permulaan, dengan jangkaan pada Mac tahun depan proses pendaftaran akan lebih rancak.
Sebelum ini, KKD memberi jaminan pembangunan IDN tidak akan menjejaskan keselamatan data peribadi rakyat, malah menyatakan inisiatif diusahakan oleh MIMOS itu digunakan di beberapa negara seperti Estonia, Singapura dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Pada 21 November lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan melantik pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) gunaan nasional, MIMOS sebagai agensi pelaksana program IDN dengan peruntukan awal sebanyak RM80 juta.
IDN atau digital ID adalah suatu bentuk pengenalan dan pengesahan diri individu secara digital, yang bakal dimanfaatkan sektor awam dan swasta, untuk mengesahkan identiti pengguna semasa melakukan transaksi secara dalam talian.
Sumber: Astro Awani
Antarabangsa
Pepijat ciri ‘Mirroring Apple’ berisiko dedah data pengguna iPhone
Amaran dikeluarkan kepada pengguna iPhone selepas pakar keselamatan siber menemui pepijat dalam ciri Mirroring Apple yang menyebabkan data mereka terdedah.
- Amaran dikeluarkan kepada pengguna iPhone selepas pakar keselamatan siber menemui pepijat dalam ciri ‘Mirroring Apple’ yang menyebabkan data mereka terdedah.
- Firma perisian keselamatan Sevco mendapati kelemahan itu apabila ia digunakan pada Mac keluaran kerja (work-issued Mac), berkongsi data telefon pintar dengan sistem IT syarikat.
- Mereka mengesahkan aplikasi pekerja telah disimpan pada rangkaian korporat yang diakses majikan.
- “Pepijat Apple ini adalah risiko privasi utama kerana ia boleh mendedahkan aspek kehidupan peribadi yang mereka (pengguna) tidak mahu berkongsi atau yang boleh menyebabkan mereka berisiko,” kata Sevco dalam satu kenyataan dipetik Daily Mail pada Selasa.
- Risiko itu termasuk mendedahkan app VPN (Rangkaian Peribadi Maya) di negara yang mengehadkan akses kepada Internet, aplikasi temu janji yang mendedahkan orientasi seksual mereka dalam bidang kuasa dengan perlindungan terhad atau akibat undang-undang atau aplikasi berkaitan dengan keadaan kesihatan yang mereka (pekerja) tidak mahu kongsikan.
Amaran dikeluarkan kepada pengguna iPhone selepas pakar keselamatan siber menemui pepijat dalam ciri Mirroring Apple yang menyebabkan data mereka terdedah.
Firma perisian keselamatan Sevco mendapati kelemahan itu apabila ia digunakan pada Mac keluaran kerja (work-issued Mac), berkongsi data telefon pintar dengan sistem IT syarikat.
Mereka mengesahkan aplikasi pekerja telah disimpan pada rangkaian korporat yang diakses majikan.
Pasukan keselamatan telah menggesa pengguna iPhone untuk berhenti menggunakan ciri pada komputer kerja dan syarikat untuk mengenal pasti mana-mana sistem IT perusahaan yang mengumpulkan inventori perisian daripada Mac sehingga Apple mengeluarkan “patch” baharu.
“Pepijat Apple ini adalah risiko privasi utama kerana ia boleh mendedahkan aspek kehidupan peribadi yang mereka (pengguna) tidak mahu berkongsi atau yang boleh menyebabkan mereka berisiko,” kata Sevco dalam satu kenyataan dipetik Daily Mail pada Selasa.
Risiko itu termasuk mendedahkan app VPN (Rangkaian Peribadi Maya) di negara yang mengehadkan akses kepada Internet, aplikasi temu janji yang mendedahkan orientasi seksual mereka dalam bidang kuasa dengan perlindungan terhad atau akibat undang-undang atau aplikasi berkaitan dengan keadaan kesihatan yang mereka (pekerja) tidak mahu kongsikan.
Apple pada 30 September lalu melaporkan ia telah mengeluarkan semula isu itu dan memberitahu Sevco pada 3 Oktober lalu bahawa ia akan menanganinya dalam kemas kini akan datang tidak lama lagi. – The Merdeka Times
-
Terkini20 hours ago
(VIDEO) Serbuan, rampasan jam tangan LGBT “keterlaluan” – Anwar
-
Terkini2 days ago
Suami wajib beri nafkah ikut kemampuan
-
Terkini23 hours ago
Anwar kata serbuan jam tangan berunsur LGBT keterlaluan, Fadhli sedia tarik balik pujian
-
Antarabangsa2 days ago
Himpunan pro-Palestin seluruh dunia, setahun genosid Israel di Gaza