Connect with us

Terkini

Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu membenarkan Aman Palestin Berhad menggunakan RM10 juta daripada akaun yang dibekukan untuk membantu penduduk di Gaza, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
Foto: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu membenarkan Aman Palestin Berhad menggunakan RM10 juta daripada akaun yang dibekukan untuk membantu penduduk di Gaza, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
  • Dr Mahathir berkata ini kerana beliau bimbang dengan penderitaan penduduk Gaza akibat kekejaman rejim penjajah Israel akan bertambah lebih berat apabila musim sejuk kelak.
  • Katanya, keengganan SPRM membenarkan dana itu disalurkan kepada negara konflik terbabit dilihat seakan-akan agensi penguatkuasa tersebut turut sama mendera rakyat Palestin yang menderita akibat kezaliman rejim penjajah Israel.
  • “Jika SPRM sangsi sama ada wang tersebut akan sampai kepada rakyat Palestin atau tidak, mereka boleh hantar pegawai mereka mengiringi wakil Aman Palestin yang diamanah menyalur wang tersebut kepada rakyat Palestin.
  • “Jika tidak, SPRM turut sama mendera rakyat Palestin yang memang sedang menderita akibat deraan Israel,” katanya menerusi hantaran di Facebook semalam.

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu membenarkan Aman Palestin Berhad menggunakan RM10 juta daripada akaun yang dibekukan untuk membantu penduduk di Gaza, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir berkata ini kerana beliau bimbang dengan penderitaan penduduk Gaza akibat kekejaman rejim penjajah Israel akan bertambah lebih berat apabila musim sejuk kelak.

Katanya, keengganan SPRM membenarkan dana itu disalurkan kepada negara konflik terbabit dilihat seakan-akan agensi penguatkuasa tersebut turut sama mendera rakyat Palestin yang memang sedang menderita akibat kezaliman rejim penjajah Israel.

“Bagi saya, SPRM boleh terus buat siasatan tetapi wang sebanyak RM10 juta dari akaun-akaun Aman Palestin perlu dibenar disalurkan kepada rakyat Palestin dan penduduk–penduduk lain di Semenanjung Arab yang menderita menghadapi musim sejuk.

“Jika SPRM sangsi sama ada wang tersebut akan sampai kepada rakyat Palestin atau tidak, mereka boleh hantar pegawai mereka mengiringi wakil Aman Palestin yang diamanah menyalur wang tersebut kepada rakyat Palestin.

“Jika tidak, SPRM turut sama mendera rakyat Palestin yang memang sedang menderita akibat deraan Israel,” katanya menerusi hantaran di Facebook semalam.

Menurut Dr Mahathir, Aman Palestin sebelum ini menyediakan RM10 juta untuk membantu rakyat Palestin, Yaman, Syria dan Lebanon bagi mengurangkan kesengsaraan mereka, bagaimanapun akaun pertubuhan bukan kerajaan itu dibekukan SRPM susulan kini ia dalam siasatan.

Situasi itu menyebabkan bantuan RM10 juta disediakan Aman Palestin tidak dapat disalurkan kepada mana-mana negara.

SPRM sebelum ini mengesahkan pihaknya membekukan 41 akaun Aman Palestin dan beberapa entiti syarikat lain yang berkaitan dengan jumlah keseluruhan RM15,868,762.00.

Ia berhubung siasatan agensi penguatkuasaan itu terhadap dakwaan syarikat pertubuhan amal berkenaan menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai sejak 17 Oktober lalu.

Susulan pembekukan akaun itu, Aman Palestin dilaporkan mengakui misi bantuan kemanusiaannya di beberapa negara berkenaan akan terjejas.

Pada 27 November lalu, Aman Palestin memberi tempoh selama tiga hari kepada SPRM untuk menyahbekukan akaunnya berhubung isu kutipan dana organisasi itu.

Peguam Aman Palestin, Rafique Rashid berkata, tindakan perundangan akan diambil jika pihak suruhanjaya itu gagal berbuat demikian dalam tempoh diberikan. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Dr. Mahathir bin Mohamad

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *