Terkini
Aman Palestin beri SPRM tempoh tiga hari nyah beku akaun
Aman Palestin memberi tempoh selama tiga hari kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyahbekukan akaunnya.

- Aman Palestin memberi tempoh selama tiga hari kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyahbekukan akaunnya berhubung isu kutipan dana organisasi itu.
- Peguam Aman Palestin, Rafique Rashid berkata, tindakan perundangan akan diambil jika pihak suruhanjaya itu gagal berbuat demikian dalam tempoh diberi.
- “Aman Palestin pada hari ini telah mengutus surat kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM serta Bahagian AMLA SPRM memberi notis di bawah Seksyen 44A AMLATFAPUAA 2021 untuk perintah pembekuan ini dibatalkan atau diubah.
- “Aman Palestin juga menggesa ahli Parlimen membangkitkan isu ini di Dewan Rakyat sama ada kerajaan atau pun pembangkang.
- “Isu derma dan bantuan kepada Palestin adalah isu sejagat. Kerajaan mesti menjelaskan mengapakah agensi penguatkuasaan di bawah kerajaan mengambil tindakan membekukan akaun bagi aktiviti kemanusiaan,” katanya pada sidang media khas Aman Palestin di sini malam ini.
BANGI – Aman Palestin memberi tempoh selama tiga hari kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyahbekukan akaunnya berhubung isu kutipan dana organisasi itu.
Peguam Aman Palestin, Rafique Rashid berkata, tindakan perundangan akan diambil jika pihak suruhanjaya itu gagal berbuat demikian dalam tempoh diberi.
“Aman Palestin pada hari ini telah mengutus surat kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM serta Bahagian AMLA SPRM memberi notis di bawah Seksyen 44A AMLATFAPUAA 2021 untuk perintah pembekuan ini dibatalkan atau diubah.
“Aman Palestin juga menggesa ahli Parlimen membangkitkan isu ini di Dewan Rakyat sama ada kerajaan atau pun pembangkang.
“Isu derma dan bantuan kepada Palestin adalah isu sejagat. Kerajaan mesti menjelaskan mengapakah agensi penguatkuasaan di bawah kerajaan mengambil tindakan membekukan akaun bagi aktiviti kemanusiaan,” katanya pada sidang media khas Aman Palestin di sini malam ini.
Mengulas kenyataan SPRM mengenai 41 akaun Aman Palestin dibekukan, Rafique menjawab ia membawa fitnah jahat kerana hanya 11 akaun saja dimiliki Aman Palestin bagi memudahkan penyumbang dan penderma membuat sumbangan dana projek kemanusiaan.
Beliau berkata akaun selebihnya adalah milik rakan strategik Aman Palestin dan ahli lembaga pengarah dan kakitangan.
Katanya, perkara itu merupakan perkara biasa dilakukan mana-mana badan bukan kerajaan dan pertubuhan kemanusiaan lain.
“Tindakan SPRM sejak kenyataan media bertarikh 23.11.2023 sehingga sekarang dengan pembocoran maklumat siasatan (yang dinafikan dakwaan-dakwaan itu) merupakan satu komplot terancang dan propaganda jahat untuk membunuh karakter Aman Palestin dan ahli lembaga pengarahnya.
“Siasatan SPRM telah bermula pada 17.10.2023, namun sehingga ke hari ini tiada satu pun pun rampasan atau paparan rampasan barang-barang kes seperti kes lain melibatkan penyelewengan wang atau hasil aktiviti haram seperti kereta mewah, timbunan wang pebagai denominasi, barang kemas atau harta rampasan lain,” katanya.
Ditanya tentang empat jongkong emas yang dirampas SPRM seberat 1 kilogram setiap satu, Rafique menjawab jongkong emas itu merupakan pelaburan organisasi itu.
“Jongkong emas merupakan pelaburan dan ia dibenarkan. Kuasa untuk melabur ada dan ia tidak salah. Dakwaan bahawa ia digunakan untuk penyelewengan adalah berniat jahat,” kata peguam itu.
Pengerusi Eksekutif Lembaga Pengarah Aman Palestin, Abdullah Zaik Abdul Rahman pada sidang media sama berkata, dakwaan Kedutaan Palestin di Malaysia bahawa bantuan kemanusiaan ke Tebing Barat tidak sampai adalah tidak benar.
Beliau berkata sejak 18 tahun penubuhan organisasi bukan kerajaan itu, tidak pernah berlaku isu bantuan tidak disalurkan.
“Kita tidak menyalurkan bantuan menerusi Kedutaan Palestin di Malaysia. Oleh kerana, tidak disalurkan kepada mereka, maka mereka kata ia tidak sampai. Ia adalah mainan pihak kedutaan,” katanya. – The Merdeka Times
