Antarabangsa
Tentera Israel bunuh 8,000 pejuang Hamas, dakwaan baru tanpa bukti
Jurucakap tentera pengganas Israel, Daniel Hagari didapati membuat dakwaan tanpa bukti berkenaan jumlah kematian pejuang Hamas sejak 1 Disember lalu sehingga berakhirnya gencatan senjata sementara Israel-Hamas.
- Jurucakap tentera pengganas Israel, Daniel Hagari didapati membuat dakwaan tanpa bukti berkenaan jumlah kematian pejuang Hamas sejak 1 Disember lalu sehingga berakhirnya gencatan senjata sementara Israel-Hamas.
- Hagari dilaporkan berkata tentera Israel telah membunuh 2,000 pejuang Hamas dalam tempoh itu, sekali gus merekodkan jumlah keseluruhan 8,000 pejuang Palestin terbunuh.
- Dakwaan tanpa bukti itu dibangkitkan wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut yang melaporkan daripada 20,00 jumlah kematian di Gaza, 8,000 adalah kanak-kanak, 6,200 adalah wanita dan 5,800 dari mangsa lelaki pula adalah dalam kalangan masyarakat awam yang tidak bersenjata.
- “Tentera Israel memberikan nombor (jumlah kematian) ini tetapi tidak memberikan sebarang bukti atau semakan fakta tentang bagaimana mereka boleh mencapai angka-angka ini,” kata Salhut berkenaan dakwaan itu.
Jurucakap tentera pengganas Israel, Daniel Hagari didapati membuat dakwaan tanpa bukti berkenaan jumlah kematian pejuang Hamas sejak 1 Disember lalu sehingga berakhirnya gencatan senjata sementara Israel-Hamas.
Hagari dilaporkan berkata tentera Israel telah membunuh 2,000 pejuang Hamas dalam tempoh itu, sekali gus merekodkan jumlah keseluruhan 8,000 pejuang Palestin terbunuh.
Dakwaan tanpa bukti itu dibangkitkan wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut yang melaporkan daripada 20,00 jumlah kematian di Gaza, 8,000 adalah kanak-kanak, 6,200 adalah wanita dan 5,800 dari mangsa lelaki pula adalah dalam kalangan masyarakat awam yang tidak bersenjata.
“Tentera Israel memberikan nombor (jumlah kematian) ini tetapi tidak memberikan sebarang bukti atau semakan fakta tentang bagaimana mereka boleh mencapai angka-angka ini,” kata Salhut berkenaan dakwaan itu.
Rejim zionis turut mendakwa merosakkan rangkaian terowong di bawah Palestine Square yang didakwa bersambungan dengan rumah, tempat persembunyian dan pejabat beberapa anggota Hamas.
“Tetapi sekali lagi, pihak Israel tidak membawa sebarang bukti atau gambar tuntutan-tuntutan ini, tetapi sekadar menunjukkan video letupan atas tanah.
“Ini bukan kali pertama Israel tidak membuktikan dakwaan berkenaan sistem terowong ini,” kata wartawan itu yang melaporkan dari Timur Baitulmaqdis, Palestin. – The Merdeka Times