Connect with us

Antarabangsa

Tentera Israel bunuh 8,000 pejuang Hamas, dakwaan baru tanpa bukti

Jurucakap tentera pengganas Israel, Daniel Hagari didapati membuat dakwaan tanpa bukti berkenaan jumlah kematian pejuang Hamas sejak 1 Disember lalu sehingga berakhirnya gencatan senjata sementara Israel-Hamas.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Jurucakap tentera pengganas Israel, Daniel Hagari.
  • Jurucakap tentera pengganas Israel, Daniel Hagari didapati membuat dakwaan tanpa bukti berkenaan jumlah kematian pejuang Hamas sejak 1 Disember lalu sehingga berakhirnya gencatan senjata sementara Israel-Hamas.
  • Hagari dilaporkan berkata tentera Israel telah membunuh 2,000 pejuang Hamas dalam tempoh itu, sekali gus merekodkan jumlah keseluruhan 8,000 pejuang Palestin terbunuh.
  • Dakwaan tanpa bukti itu dibangkitkan wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut yang melaporkan daripada 20,00 jumlah kematian di Gaza, 8,000 adalah kanak-kanak, 6,200 adalah wanita dan 5,800 dari mangsa lelaki pula adalah dalam kalangan masyarakat awam yang tidak bersenjata.
  • “Tentera Israel memberikan nombor (jumlah kematian) ini tetapi tidak memberikan sebarang bukti atau semakan fakta tentang bagaimana mereka boleh mencapai angka-angka ini,” kata Salhut berkenaan dakwaan itu.

Jurucakap tentera pengganas Israel, Daniel Hagari didapati membuat dakwaan tanpa bukti berkenaan jumlah kematian pejuang Hamas sejak 1 Disember lalu sehingga berakhirnya gencatan senjata sementara Israel-Hamas.

Hagari dilaporkan berkata tentera Israel telah membunuh 2,000 pejuang Hamas dalam tempoh itu, sekali gus merekodkan jumlah keseluruhan 8,000 pejuang Palestin terbunuh.

Dakwaan tanpa bukti itu dibangkitkan wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut yang melaporkan daripada 20,00 jumlah kematian di Gaza, 8,000 adalah kanak-kanak, 6,200 adalah wanita dan 5,800 dari mangsa lelaki pula adalah dalam kalangan masyarakat awam yang tidak bersenjata.

“Tentera Israel memberikan nombor (jumlah kematian) ini tetapi tidak memberikan sebarang bukti atau semakan fakta tentang bagaimana mereka boleh mencapai angka-angka ini,” kata Salhut berkenaan dakwaan itu.

Rejim zionis turut mendakwa merosakkan rangkaian terowong di bawah Palestine Square yang didakwa bersambungan dengan rumah, tempat persembunyian dan pejabat beberapa anggota Hamas.

“Tetapi sekali lagi, pihak Israel tidak membawa sebarang bukti atau gambar tuntutan-tuntutan ini, tetapi sekadar menunjukkan video letupan atas tanah. 

“Ini bukan kali pertama Israel tidak membuktikan dakwaan berkenaan sistem terowong ini,” kata wartawan itu yang melaporkan dari Timur Baitulmaqdis, Palestin. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia

Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov.
  • Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
  • Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
  • “Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
  • Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
  • Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.

Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.

Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.

“Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.

Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.

Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.

Taliban berada di bawah sekatan Barat selama lebih dua dekad dan pada awalnya dikenakan sekatan pembiayaan kepada al-Qaeda dan kumpulan lain yang dilabelkan sebagai “pengganas”.

Beberapa pegawai Russia menyeru Moscow mengeluarkan Taliban dari senarai “organisasi pengganas dan ekstremis” bagi meningkatkan kerjasama lebih lanjut.

Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi dilaporkan berada di Moscow untuk perbincangan itu.

Lavrov juga dilaporkan berkata Russia tidak akan menerima “negara ketiga” menempatkan pangkalan tentera di Afghanistan atau menubuhkan kemudahan tentera baru di negara-negara jirannya “atas apa jua alasan”.

Russia mempunyai pangkalan tentera besar di Tajikistan yang bersempadan dengan Afghanistan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending