Connect with us

Antarabangsa

Syarikat perkapalan Hong Kong henti aktiviti perdagangan ke Israel

Syarikat perkapalan Hong Kong, OOCL menghentikan aktiviti perdagangan mereka ke Israel berikutan ancaman Tentera Houthi Yaman di Laut Merah.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Syarikat perkapalan Hong Kong, OOCL menghentikan aktiviti perdagangan mereka ke Israel berikutan ancaman Tentera Houthi Yaman di Laut Merah.
  • Perkara itu diumumkan dalam satu kenyataan di laman sesawang syarikat perkapalan tersebut pada Sabtu.
  • “Berikutan masalah operasi, OOCL akan menghentikan penghantaran dan penerimaan kargo dari Israel berkuat kuasa serta merta hingga notis selanjutnya,” katanya dipetik Arab News.
  • Keputusan drastik itu dibuat selepas beberapa syarikat perkapalan lain seperti MSC, AP Moller Maersk dan Hapag Lloyd mengeluarkan arahan mengelak menggunakan laluan Laut Merah berikutan ancaman Tentera Houthi Yaman.
  • Tentera Houthi Yaman ketika ini mensasarkan serangan terhadap kapal-kapal yang melalui Laut Merah ekoran serangan rejim penjajah Israel ke atas Gaza, Palestin.

Syarikat perkapalan Hong Kong, OOCL menghentikan aktiviti perdagangan mereka ke Israel berikutan ancaman Tentera Houthi Yaman di Laut Merah.

Perkara itu diumumkan dalam satu kenyataan di laman sesawang syarikat perkapalan tersebut pada Sabtu.

“Berikutan masalah operasi, OOCL akan menghentikan penghantaran dan penerimaan kargo dari Israel berkuat kuasa serta merta hingga notis selanjutnya,” katanya dipetik Arab News.

Keputusan drastik itu dibuat selepas beberapa syarikat perkapalan lain seperti MSC, AP Moller Maersk dan Hapag Lloyd mengeluarkan arahan mengelak menggunakan laluan Laut Merah berikutan ancaman Tentera Houthi Yaman.

Dalam berita berasingan, MSC yang merupakan syarikat perkapalan terbesar di dunia berkata, pihaknya tidak akan menggunakan laluan Terusan Suez susulan kapal kontena mereka, MSC PALATINUM III diserang pada Jumaat lalu.

“Berikutan insiden tersebut dan sebagai langkah melindungi nyawa dan keselamatan pelaut kami, kapal MSC tidak akan transit di timur dan barat Terusan Suez sehingga laluan Laut Merah selamat.

“Ketika ini, beberapa perkhidmatan akan dialihkan untuk melalui Tanjung Harapan,” kata MSC.

MSC menjelaskan laluan baru bakal memberi impak terhadap jadual pelayaran untuk beberapa hari bagi kapal yang transit di Suez.

Direkodkan kira-kira 40 peratus perdagangan global datang daripada bahagian pasaran kapal bersama MSC, Hapag Lloyd dan Maersk.

Selain Israel, penurunan transit kapal oleh ketiga- tiga syarikat itu dijangka memberikan impak kewangan kepada Mesir yang memiliki, mengendalikan dan menjaga Terusan Suez.

Kira-kira 12 peratus daripada perdagangan dunia yang meliputi 30 peratus kontena global melalui Terusan Suez sebelum melalui Laut Merah dan Bab el- Mandeb.

Tentera Houthi Yaman ketika ini mensasarkan serangan terhadap kapal-kapal yang melalui Laut Merah ekoran serangan rejim penjajah Israel ke atas Gaza, Palestin. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

90 terbunuh, 300 cedera Israel bedil “zon selamat” Al-Mawasi

Sekurang-kurangnya 90 rakyat Palestin terbunuh dan 300 lain cedera dalam serangan Israel menyasarkan kem pelarian selatan Gaza pada Sabtu, demikian menurut Kementerian Kesihatan wilayah itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekurang-kurangnya 90 rakyat Palestin terbunuh dan 300 lain cedera dalam serangan Israel menyasarkan kem pelarian selatan Gaza pada Sabtu, demikian menurut Kementerian Kesihatan wilayah itu.
  • Saksi memberitahu agensi berita Anadolu bahawa tentera Israel menggunakan lima peluru berpandu berat dalam menyasarkan Al-Mawasi yang diisytiharkan sebagai zon selamat oleh tentera rejim Israel.
  • Jenazah mangsa serangan dan mereka yang cedera tiba di Kompleks Perubatan Nasser di Khan Younis selepas tentera Israel mengebom kawasan itu.
  • Pejabat Media Kerajaan di Gaza dalam satu kenyataan berkata, tentera Israel melakukan “pembunuhan besar-besaran” di Al-Mawasi yang diklasifikasikan sebagai “zon selamat”.

Sekurang-kurangnya 90 rakyat Palestin terbunuh dan 300 lain cedera dalam serangan Israel menyasarkan kem pelarian selatan Gaza pada Sabtu, demikian menurut Kementerian Kesihatan wilayah itu.

Saksi memberitahu agensi berita Anadolu bahawa tentera Israel menggunakan lima peluru berpandu berat dalam menyasarkan Al-Mawasi yang diisytiharkan sebagai zon selamat oleh tentera rejim Israel.

Jenazah mangsa serangan dan mereka yang cedera tiba di Kompleks Perubatan Nasser di Khan Younis selepas tentera Israel mengebom kawasan itu.

Pejabat Media Kerajaan di Gaza dalam satu kenyataan berkata, tentera Israel melakukan “pembunuhan besar-besaran” di Al-Mawasi yang diklasifikasikan sebagai “zon selamat”.

“Tentera pendudukan melakukan pembunuhan beramai-ramai dengan mengebom kem orang ramai yang terusir di kawasan Al-Mawasi di Khan Younis… (dengan mangsanya) melibatkan individu dan pegawai dari Pertahanan Awam, menurut kiraan awal,” katanya.

Al Jazeera melaporkan lebih 38,443 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan hampir 88,481 cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending