Terkini
Sekat kapal Israel: Lembaga Pelabuhan Klang diarah bantu syarikat terjejas
Lembaga Pelabuhan Klang diarah membantu pihak yang terjejas susulan kerajaan semalam memutuskan untuk tidak membenarkan kapal milik syarikat Israel, ZIM berlabuh di mana-mana pelabuhan Malaysia.
- Lembaga Pelabuhan Klang diarah membantu pihak yang terjejas susulan kerajaan semalam memutuskan untuk tidak membenarkan kapal milik syarikat Israel, ZIM berlabuh di mana-mana pelabuhan Malaysia.
- Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata ia membabitkan syarikat logistik, pengimport, pengeksport dan perkapalan dalam menguruskan kargo masing-masing yang terjejas disebabkan keputusan itu.
- “Selaras dengan kenyataan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), syarikat perkapalan Israel ZIM tidak akan dibenarkan untuk berlabuh di pelabuhan – pelabuhan Malaysia berkuat kuasa serta merta.
- “Ini bermaksud kapal ZIM yang dijadualkan untuk berlabuh di Pelabuhan Klang pada 26 Disember 2023 tidak akan dibenarkan,” katanya dipetik Berita Harian pada Rabu.
- Semalam, media melaporkan Anwar berkata kerajaan memutuskan menyekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM daripada berlabuh di pelabuhan Malaysia.
KUALA LUMPUR — Lembaga Pelabuhan Klang diarah membantu pihak yang terjejas susulan kerajaan semalam memutuskan untuk tidak membenarkan kapal milik syarikat Israel, ZIM berlabuh di mana-mana pelabuhan Malaysia.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata ia membabitkan syarikat logistik, pengimport, pengeksport dan perkapalan dalam menguruskan kargo masing-masing yang terjejas disebabkan keputusan itu.
“Selaras dengan kenyataan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), syarikat perkapalan Israel ZIM tidak akan dibenarkan untuk berlabuh di pelabuhan – pelabuhan Malaysia berkuat kuasa serta merta.
“Ini bermaksud kapal ZIM yang dijadualkan untuk berlabuh di Pelabuhan Klang pada 26 Disember 2023 tidak akan dibenarkan,” katanya dipetik Berita Harian pada Rabu.
Semalam, media melaporkan Anwar berkata kerajaan memutuskan menyekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM daripada berlabuh di pelabuhan Malaysia.
Sekatan itu sebagai respons kepada rejim zionis Israel yang melanggar undang-undang antarabangsa dengan melakukan pembantaian dan kekejaman terhadap warga Palestin.
Malaysia juga tidak lagi menerima mana-mana kapal dengan bendera Israel untuk berlabuh di negara ini. — The Merdeka Times
Antarabangsa
Israel bom depot senjata berdekatan pangkalan udara Russia di Syria
Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
- Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
- Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria.
- Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
- Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.
Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria.
Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
Pertahanan udara Russia dan Syria dilaporkan memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit.
Terdapat dakwaan bahawa pertahanan udara memintas peluru berpandu di luar pantai Jableh, sebuah bandar di barat laut Syria, dengan anggaran 30 peluru berpandu dilancarkan.
Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.
Laporan tempatan lain mencadangkan sebuah pesawat Iran di lapangan terbang mungkin turut menjadi sasaran.
Israel yang sering menjalankan operasi terhadap sasaran berkaitan dengan Iran di Syria belum memberikan sebarang komen mengenai insiden letupan itu. — The Merdeka Times