Antarabangsa
(VIDEO) Perang belum tamat, Syarikat hartanah Israel umum bina projek perumahan di Gaza
Sebuah syarikat hartanah Israel, Harei Zahav mengumumkan rancangan membangunkan projek perumahan pantai di atas runtuhan bangunan dan ‘pembersihan etnik’ di Gaza ketika perang masih belum tamat.
- Sebuah syarikat hartanah Israel, Harei Zahav mengumumkan rancangan membangunkan projek perumahan pantai di atas runtuhan bangunan dan ‘pembersihan etnik’ di Gaza ketika perang masih belum tamat.
- Syarikat itu memaklumkan pihaknya kini sedang berusaha membersihkan runtuhan bangunan di kawasan terbabit.
- “Kami di Harei Zahav sedang berusaha menyediakan tapak untuk kembali ke Gush Katif (Bekas Penempatan Yahudi di Gaza). Kakitangan kami bekerja di atas tanah terbaik untuk menghalau penceroboh dan membersihkan runtuhan.
- “Kami berharap tentera akan kembali secepat mungkin bagi meneruskan kerja-kerja tersebut,” kata syarikat itu dipetik portal Amwal Al Ghad pada Isnin.
KUALA LUMPUR – Sebuah syarikat hartanah Israel, Harei Zahav mengumumkan rancangan membangunkan projek perumahan pantai di atas runtuhan bangunan dan ‘pembersihan etnik’ di Gaza ketika perang masih belum tamat.
Syarikat itu memaklumkan pihaknya kini sedang berusaha membersihkan runtuhan bangunan di kawasan terbabit.
“Kami di Harei Zahav sedang berusaha menyediakan tapak untuk kembali ke Gush Katif (Bekas Penempatan Yahudi di Gaza). Kakitangan kami bekerja di atas tanah terbaik untuk menghalau penceroboh dan membersihkan runtuhan.
“Kami berharap tentera akan kembali secepat mungkin bagi meneruskan kerja-kerja tersebut,” kata syarikat itu dipetik portal Amwal Al Ghad pada Isnin.
Difahamkan, Harei Zahav juga terlibat dalam pembinaan penempatan peneroka haram zionis Israel di Tebing Barat.
Terdahulu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan 60 peratus wilayah konflik Gaza terkesan dengan serangan rejim pengganas zionis Israel sejak 7 Oktober lalu.
Memetik Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (UNOCHA), Al Jazeera melaporkan serangan udara dan darat Israel menyebabkan lebih 1.8 juta warga Palestin di Gaza hilang tempat tinggal dengan 80 peratus populasinya kini berlindung di selatan wilayah terkepung itu. – The Merdeka Times
Antarabangsa
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
- Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
- Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
- “Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
- Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
- Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
“Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.
Taliban berada di bawah sekatan Barat selama lebih dua dekad dan pada awalnya dikenakan sekatan pembiayaan kepada al-Qaeda dan kumpulan lain yang dilabelkan sebagai “pengganas”.
Beberapa pegawai Russia menyeru Moscow mengeluarkan Taliban dari senarai “organisasi pengganas dan ekstremis” bagi meningkatkan kerjasama lebih lanjut.
Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi dilaporkan berada di Moscow untuk perbincangan itu.
Lavrov juga dilaporkan berkata Russia tidak akan menerima “negara ketiga” menempatkan pangkalan tentera di Afghanistan atau menubuhkan kemudahan tentera baru di negara-negara jirannya “atas apa jua alasan”.
Russia mempunyai pangkalan tentera besar di Tajikistan yang bersempadan dengan Afghanistan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa1 day ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Antarabangsa1 day ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Terkini1 day ago
(VIDEO) Mengapa wirid Aurad Muhammadiah GISB sesat?
-
Antarabangsa1 day ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia