Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Perang belum tamat, Syarikat hartanah Israel umum bina projek perumahan di Gaza

Sebuah syarikat hartanah Israel, Harei Zahav mengumumkan rancangan membangunkan projek perumahan pantai di atas runtuhan bangunan dan ‘pembersihan etnik’ di Gaza ketika perang masih belum tamat.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Rancangan membangunkan projek perumahan pantai di atas runtuhan bangunan dan ‘pembersihan etnik’ di Gaza.
  • Sebuah syarikat hartanah Israel, Harei Zahav mengumumkan rancangan membangunkan projek perumahan pantai di atas runtuhan bangunan dan ‘pembersihan etnik’ di Gaza ketika perang masih belum tamat.
  • Syarikat itu memaklumkan pihaknya kini sedang berusaha membersihkan runtuhan bangunan di kawasan terbabit.
  • “Kami di Harei Zahav sedang berusaha menyediakan tapak untuk kembali ke Gush Katif (Bekas Penempatan Yahudi di Gaza). Kakitangan kami bekerja di atas tanah terbaik untuk menghalau penceroboh dan membersihkan runtuhan.
  • “Kami berharap tentera akan kembali secepat mungkin bagi meneruskan kerja-kerja tersebut,” kata syarikat itu dipetik portal Amwal Al Ghad pada Isnin.

KUALA LUMPUR – Sebuah syarikat hartanah Israel, Harei Zahav mengumumkan rancangan membangunkan projek perumahan pantai di atas runtuhan bangunan dan ‘pembersihan etnik’ di Gaza ketika perang masih belum tamat.

Syarikat itu memaklumkan pihaknya kini sedang berusaha membersihkan runtuhan bangunan di kawasan terbabit.

“Kami di Harei Zahav sedang berusaha menyediakan tapak untuk kembali ke Gush Katif (Bekas Penempatan Yahudi di Gaza). Kakitangan kami bekerja di atas tanah terbaik untuk menghalau penceroboh dan membersihkan runtuhan.

“Kami berharap tentera akan kembali secepat mungkin bagi meneruskan kerja-kerja tersebut,” kata syarikat itu dipetik portal Amwal Al Ghad pada Isnin.

Difahamkan, Harei Zahav juga terlibat dalam pembinaan penempatan peneroka haram zionis Israel di Tebing Barat.

Terdahulu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan 60 peratus wilayah konflik Gaza terkesan dengan serangan rejim pengganas zionis Israel sejak 7 Oktober lalu. 

Memetik Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (UNOCHA), Al Jazeera melaporkan serangan udara dan darat Israel menyebabkan lebih 1.8 juta warga Palestin di Gaza hilang tempat tinggal dengan 80 peratus populasinya kini berlindung di selatan wilayah terkepung itu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *