Terkini
Keluarga tebusan Israel berang, tidak puas hati selepas jumpa Netanyahu
Majoriti keluarga tahanan Israel yang dibebaskan menyatakan kemarahan dan tidak puas hati selepas bertemu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, semalam.
- Majoriti keluarga tahanan Israel yang dibebaskan menyatakan kemarahan dan tidak puas hati selepas bertemu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, semalam.
- Beberapa ahli keluarga yang menghadiri pertemuan itu turut mengkritik Israel atas dakwaan gagal melakukan usaha secukupnya bagi membebaskan tahanan.
- Ibu kepada salah seorang tahanan, Dani Miran, berkata pihaknya berasa diperbodohkan melalui pertemuan itu dan terus beredar tanpa menunggu sesi pertemuan itu selesai.
- Pertemuan itu diadakan ketika pertempuran antara Hamas dan rejim Zionis bersambung semula di Gaza selepas dihentikan sementara selama tujuh hari.
- Ketika tempoh pemberhentian sementara perang itu, kira-kira 100 tahanan dibebaskan manakala nasib 138 lagi belum diketahui.
BAITULMAQDIS – Majoriti keluarga tahanan Israel yang dibebaskan menyatakan kemarahan dan tidak puas hati selepas bertemu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, semalam.
Beberapa ahli keluarga yang menghadiri pertemuan itu turut mengkritik Israel atas dakwaan gagal melakukan usaha secukupnya bagi membebaskan tahanan.
Ibu kepada salah seorang tahanan, Dani Miran, berkata pihaknya berasa diperbodohkan melalui pertemuan itu dan terus beredar tanpa menunggu sesi pertemuan itu selesai.
Beliau berkata, semua tahu bahawa pemimpin Hamas di Gaza, Yahya Sinwar, adalah individu yang membebaskan tahanan dan bukannya atas usaha kerajaan Israel.
Miran berkata, anaknya, Omri, ditahan oleh pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu bersama kira-kira 240 warga Israel dan rakyat asing lain.
“Saya tidak mahu menjelaskan butiran perbincangan pada mesyuarat itu tetapi secara keseluruhan, ia nampak seperti cuba memperbodohkan kami, menghina, dan tidak tentu arah.
“Kerajaan bagaikan membuat ‘lawak’ berhubung isu serius ini, mereka dakwa sudah lakukan itu dan ini,
“Saya marah kerana kerajaan Israel mengatakan seolah-olah mereka yang menetapkan semua tindakan yang berlaku sedangkan mereka tidak berbuat apa-apapun dalam hal ini,” katanya kepada Saluran 13 Israel.
Pertemuan itu diadakan ketika pertempuran antara Hamas dan rejim Zionis bersambung semula di Gaza selepas dihentikan sementara selama tujuh hari.
Ketika tempoh pemberhentian sementara perang itu, kira-kira 100 tahanan dibebaskan manakala nasib 138 lagi belum diketahui.
Pertemuan antara keluarga tebusan dan kerajaan semalam sepatutnya memberi peluang kepada bekas tahanan berkongsi pengalaman masing-masing.
Bagaimanapun ia bertukar tegang apabila Netanyahu gagal meredakan kebimbangan keluarga terhadap nasib saudara-mara mereka yang masih ditahan dan bukannya risau mengenai dakwaan layanan teruk sepanjang ditahan oleh Hamas.
Sementara itu, Jennifer Master, yang pasangannya, Andrey, masih ditahan, berkata pertemuan itu kecoh dengan suara orang menjerit kerana tidak berpuas hati.
“Kami semua cuba memastikan orang tersayang pulang ke rumah. Tidak kira sama ada wanita, kanak-kanak atau lelaki,” katanya.
Sebelum ini, menurut Israel, terdapat sejumlah kecil kanak-kanak dan wanita masih berada dalam tahanan Hamas, namun ahli keluarga tahanan membabitkan lelaki turut meminta golongan itu tidak dilupakan.
Sementara itu, Netanyahu, pada sidang medianya mengakui mendengar pelbagai cerita daripada tahanan sepanjang berada di culik termasuk kelaparan dan penderaan fizikal serta mental.
“Saya turut mendengar berhubung serangan lain termasuk seksual,” katanya. – REUTERS
Sumber: Berita Harian
Terkini
Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama
Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
- “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
- “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
- Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
- Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.
KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.
Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.
Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa3 days ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Saham MAHB: BlackRock sah miliki GIP – ARMADA BERSATU
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Antarabangsa2 days ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia