Antarabangsa
Hanya kerana kelancaran trafik New Delhi, Masjid 200 tahun berdepan risiko dirobohkan
Sebuah masjid berusia 200 tahun di New Delhi, India, berdepan risiko dirobohkan selepas Perbadanan Perbandaran New Delhi (NDMC) mengeluarkan notis awam berhubung tindakan itu.

- Sebuah masjid berusia 200 tahun di New Delhi, India, berdepan risiko dirobohkan selepas Perbadanan Perbandaran New Delhi (NDMC) mengeluarkan notis awam berhubung tindakan itu.
- Menurut NDMC, langkah merobohkan Masjid Sunehri Bagh itu bagi memastikan kelancaran trafik kenderaan di sekitar kawasan berkenaan.
- Dewan perbandaran itu dilaporkan sedang mendapatkan pandangan orang awam berhubung tindakan merobohkan masjid tersebut.
- Presiden Jamiat Ulama-i-Hind, Maulana Mahmood Asad Madani telah mengutus surat kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi dan Menteri Dalam Negeri, Amit Shah bagi menyatakan respons berhubung perkara itu.
- The Wire pada Rabu melaporkan Mahmood Asad menyatakan bahawa tindakan merobohkan masjid itu berbahaya terhadap warisan budaya yang dikongsi bersama.
- Masjid Sunehri Bagh yang dibina 200 tahun lalu mendapat status Heritage III pada 2009 kerana signifikan sejarahnya yang tersendiri.
Sebuah masjid berusia 200 tahun di New Delhi, India, berdepan risiko dirobohkan selepas Perbadanan Perbandaran New Delhi (NDMC) mengeluarkan notis awam berhubung tindakan itu.
Menurut NDMC, langkah merobohkan Masjid Sunehri Bagh itu bagi memastikan kelancaran trafik kenderaan di sekitar kawasan berkenaan.
Dewan perbandaran itu dilaporkan sedang mendapatkan pandangan orang awam berhubung tindakan merobohkan masjid tersebut.
Presiden Jamiat Ulama-i-Hind, Maulana Mahmood Asad Madani telah mengutus surat kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi dan Menteri Dalam Negeri, Amit Shah bagi menyatakan respons berhubung perkara itu.
The Wire pada Rabu melaporkan Mahmood Asad menyatakan bahawa tindakan merobohkan masjid itu berbahaya terhadap warisan budaya yang dikongsi bersama.
Satu delegasi Jamiat Ulama-i-Hind telah melawat masjid itu dan bertemu dengan imam masjid berkenaan, Maulana Abdul Aziz bagi mengumpul maklumat lebih lanjut.
Abdul Aziz menyatakan masjid berkenaan mematuhi semua arahan ditetapkan kerajaan dan tidak menyebabkan gangguan kepada trafik.
Masjid Sunehri Bagh yang dibina 200 tahun lalu mendapat status Heritage III pada 2009 kerana signifikan sejarahnya yang tersendiri.
“Masjid Sunehri Bagh bukan hanya sebuah masjid, tetapi ia mempunyai sejarah yang erat kaitannya dengan beberapa pejuang kemerdekaan kita. Hasrat Mohani, ahli Majlis Perundangan kita, dulu tinggal di sini semasa menghadiri mesyuarat. Jaga sejarahnya yang gemilang,” kata seorang sejarawan, S Irfan Habib. – The Merdeka Times
Sumber: The Wire
