Connect with us

Terkini

Hannah Yeoh diminta komen tindakan pastornya mohon ‘pray for Israel’

Pengasas Gereja Kingdomcity Malaysia yang juga rakan kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh membuat hantaran memohon doa buat Israel yang dikatakan berdepan ‘keganasan’ Hamas.

Hidayah Sani

Published

on

Hannah Yeoh diminta komen tindakan pastornya mohon ‘pray for Israel’
Foto: Pengasas NGO Multiracial Reverted Muslims (MRM), Firdaus Wong Wai Hung (kiri) & Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh (kanan).
  • Pengasas Gereja Kingdomcity Malaysia yang juga rakan kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh membuat hantaran memohon doa buat Israel yang dikatakan berdepan ‘keganasan’ Hamas.
  • Mendedahkan perkara itu, Pengasas NGO Multiracial Reverted Muslims (MRM), Firdaus Wong Wai Hung memuat naik hantaran tangkap layar Mark Varughese mengenai perkara itu yang bertarikh 10 Oktober lalu. 
  • “Berdoa untuk Israel dan kemusnahan yang berlaku kepada mereka tidak bersalah di kedua-dua belah pihak disebabkan keganasan secara terang-terangan dimulakan kumpulan pelampau Hamas. Menyayat hati dan jahat,” kata Mark Varughese menerusi hantaran itu.
  • “Ya, pengasas Kingdomcity Malaysia dan rakan Hannah Yeoh. Mungkin wartawan boleh tanya apakah pendapat Hannah Yeoh terhadap kenyataan kawan dan pastor beliau ini yang tidak selari pendirian Kerajaan Perpaduan yang Hannah juga berada di dalam kabinet menteri,” kata Firdaus Wong menerusi hantaran di Instagram, semalam. 
  • The Merdeka Times pagi ini berusaha untuk mendapatkan maklum balas Hannah Yeoh berhubung isu itu dan Setiausaha Akhbarnya, Rubin Khoo memaklumkan beliau sedang bercuti sehingga tahun depan.
  • Kumpulan pembebasan Palestin iaitu Hamas pada 7 Oktober lalu, melancarkan operasi Taufan Al-Aqsa serangan mengejut ke atas rejim penjajah Israel sebagai reaksi balas pencerobohan berterusan rejim zionis ke atas Masjid Al-Aqsa dan tindakan keganasan peneroka haram ke atas warga Palestin di Tebing Barat.

KUALA LUMPUR — Pengasas Gereja Kingdomcity Malaysia yang juga rakan kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh membuat hantaran memohon doa buat Israel yang dikatakan berdepan ‘keganasan’ Hamas.

Mendedahkan perkara itu, Pengasas NGO Multiracial Reverted Muslims (MRM), Firdaus Wong Wai Hung memuat naik hantaran tangkap layar Mark Varughese mengenai perkara itu yang bertarikh 10 Oktober lalu. 

“Berdoa untuk Israel dan kemusnahan yang berlaku kepada mereka tidak bersalah di kedua-dua belah pihak disebabkan keganasan secara terang-terangan dimulakan kumpulan pelampau Hamas. Menyayat hati dan jahat,” kata Mark Varughese menerusi hantaran itu.

Susulan itu, Firdaus Wong yang juga pendakwah bebas meminta wartawan untuk mendapatkan pandangan Hannah Yeoh berhubung kenyataan rakan dan pastor beliau yang dilihat tidak selari pendirian Kerajaan Perpaduan.

Foto : Tangkap Layar Instagram @markvarughese

“Dalam posting bertarikh 10 Oktober 2023, pengasas Kingdomcity Malaysia yang berasal dari Australia berkongsi poster “Pray for Israel” dan bendera Israel.

“Ya, pengasas Kingdomcity Malaysia dan rakan Hannah Yeoh. Mungkin wartawan boleh tanya apakah pendapat Hannah Yeoh terhadap kenyataan kawan dan pastor beliau ini yang tidak selari dengan pendirian Kerajaan Perpaduan yang Hannah juga berada di dalam kabinet menteri,” kata Firdaus Wong menerusi hantaran di Instagram, semalam.

Foto : Tangkap Layar Instagram @markvarughese

The Merdeka Times (TMT) pagi ini berusaha untuk mendapatkan maklum balas Hannah Yeoh yang juga Ahli Parlimen Segambut daripada DAP berhubung isu berkenaan dan Setiausaha Akhbarnya, Rubin Khoo memaklumkan beliau sedang bercuti sehingga tahun depan.

Hi.. sorry. YB is on leave already…until next year,” kata Rubin ketika dihubungi TMT di sini hari ini. 

Untuk rekod, Malaysia mempunyai hubungan baik dengan Hamas yang diklasifikasikan sebagai kumpulan pengganas oleh Amerika Syarikat, rejim Israel dan kebanyakan negara Eropah.

Pada 15 November lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata menyokong perjuangan rakyat Palestin tidak boleh ditafsirkan sebagai ucapan kebencian (hate speech) mahu pun menyokong organisasi pengganas.

Kumpulan pembebasan Palestin iaitu Hamas pada 7 Oktober lalu, melancarkan operasi Taufan Al-Aqsa serangan mengejut ke atas rejim penjajah Israel sebagai reaksi balas pencerobohan berterusan rejim zionis ke atas Masjid Al-Aqsa dan tindakan keganasan peneroka haram ke atas warga Palestin di Tebing Barat. —- The Merdeka Times

Sumber : Instagram firdaus wong

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Pasangan pelik miliki imej individu lakukan seks dengan mayat manusia, haiwan dihukum

Sepasang suami isteri pelik telah ditangkap dengan timbunan imej individu melakukan hubungan seks dengan mayat manusia dan haiwan, demikian sesi perbicaraan di sebuah mahkamah di Scotland.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Mark Mason, 51, dan isterinya Wendy, 53.
  • Sepasang suami isteri pelik telah ditangkap dengan timbunan imej individu melakukan hubungan seks dengan mayat manusia dan haiwan, demikian sesi perbicaraan di sebuah mahkamah di Scotland.
  • Mark Mason, 51, dan isterinya Wendy, 53, mengaku menyimpan simpanan pornografi melampau dan gambar kanak-kanak tidak senonoh di rumah mereka di Lockerbie, Dumfriesshire, Scotland, lapor Daily Mail pada Jumaat.
  • Pasangan ‘sakit’ itu hadir di Mahkamah Syerif Dumfries di mana mereka mengakui beberapa pertuduhan antara Februari 2021 dan April 2022.
  • Mason dipenjarakan selama 34 bulan dan diletakkan dalam daftar pesalah seks selama-lamanya.
  • Isterinya antara lain diperintahkan untuk menjalankan 300 jam kerja tanpa gaji, diletakkan di bawah pengawasan selama tiga tahun dan berada dalam daftar pesalah seks selama lima tahun, tertakluk kepada perintah pencegahan bahaya seksual lima tahun.

Sepasang suami isteri pelik telah ditangkap dengan timbunan imej individu melakukan hubungan seks dengan mayat manusia dan haiwan, demikian sesi perbicaraan di sebuah mahkamah di Scotland.

Mark Mason, 51, dan isterinya Wendy, 53, mengaku menyimpan simpanan pornografi melampau dan gambar kanak-kanak tidak senonoh di rumah mereka di Lockerbie, Dumfriesshire, Scotland, lapor Daily Mail pada Jumaat.

Pasangan ‘sakit’ itu hadir di Mahkamah Syerif Dumfries di mana mereka mengakui beberapa pertuduhan antara Februari 2021 dan April 2022.

Lelaki terbabit mengaku memiliki pornografi melampau dan imej tidak senonoh kanak-kanak serta cuba bercakap secara tidak senonoh dengan enam kanak-kanak yang sebenarnya adalah individu dewasa yang menyamar untuk menyingkirkan ‘pemangsa’ dalam talian.

Isterinya juga mengaku bersalah memiliki dan berkongsi gambar tidak senonoh kanak-kanak serta pornografi melampau.

Mason dipenjarakan selama 34 bulan dan diletakkan dalam daftar pesalah seks selama-lamanya.

Isterinya antara lain diperintahkan untuk menjalankan 300 jam kerja tanpa gaji, diletakkan di bawah pengawasan selama tiga tahun dan berada dalam daftar pesalah seks selama lima tahun, tertakluk kepada perintah pencegahan bahaya seksual lima tahun. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending