Terkini
Sokong Palestin bukan bermaksud sokong pengganas – Anwar
Pendirian Malaysia dalam konflik Palestin-Israel, tindakan menggesa gencatan senjata dan gesaan menghentikan pengeboman terhadap Semenanjung Gaza, diputarbelitkan sehingga dituduh bersetuju dengan tindakan pengganas, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Pendirian Malaysia dalam konflik Palestin-Israel, tindakan menggesa gencatan senjata dan gesaan menghentikan pengeboman terhadap Semenanjung Gaza, diputarbelitkan sehingga dituduh bersetuju dengan tindakan pengganas, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- “Seperti yang saya nyatakan di Parlimen, tiada keraguan sama sekali. Kami mengutuk keganasan dalam semua bentuk dan kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan membunuh orang tidak berdosa dan menjadikan wanita serta kanak-kanak sebagai tebusan.
- “Begitu juga, kami dengan tegas mengutuk tindakan mengebom orang awam, rumah, hospital serta mencetuskan kekejaman terhadap orang tidak berdosa, kanak-kanak, wanita, lelaki, tak kira siang atau malam di Gaza tanpa hukuman.
- “Ini adalah pelanggaran undang-undang antarbangsa secara terbuka,” katanya ketika berucap di University of California, Berkeley, San Francisco, Amerika Syarikat, hari ini.
PETALING JAYA: Pendirian Malaysia dalam konflik Palestin-Israel, tindakan menggesa gencatan senjata dan gesaan menghentikan pengeboman terhadap Semenanjung Gaza, diputarbelitkan sehingga dituduh bersetuju dengan tindakan pengganas, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mempertahankan pendirian negara, Perdana Menteri berkata, Malaysia mengutuk semua bentuk keganasan yang berlaku dalam konflik Palestin-Israel.
“Seperti yang saya nyatakan di Parlimen, tiada keraguan sama sekali. Kami mengutuk keganasan dalam semua bentuk dan kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan membunuh orang tidak berdosa dan menjadikan wanita serta kanak-kanak sebagai tebusan.
“Begitu juga, kami dengan tegas mengutuk tindakan mengebom orang awam, rumah, hospital serta mencetuskan kekejaman terhadap orang tidak berdosa, kanak-kanak, wanita, lelaki, tak kira siang atau malam di Gaza tanpa hukuman.
“Ini adalah pelanggaran undang-undang antarbangsa secara terbuka,” katanya ketika berucap di University of California, Berkeley, San Francisco, Amerika Syarikat, hari ini.
Untuk rekod, Malaysia mempunyai hubungan baik dengan Hamas yang diklasifikasikan sebagai kumpulan pengganas oleh Amerika Syarika (AS), Israel dan kebanyakan negara Eropah.
Mengulas lanjut, Anwar menegaskan bahawa, Malaysia melihat konflik tersebut sebagai krisis kemanusiaan yang dicetuskan oleh peperangan, tanpa pilih kasih.
“Akhirnya, konflik ini bukan tentang tuhan mana yang kita sembah. Lagi pun, lebih 11,000 mangsa di Gaza terdiri daripada orang Islam dan Kristian serta warganegara pelbagai negara.
“Ia adalah mengenai mencegah lebih banyak kematian, lebih banyak penderitaan dan lebih banyak kebencian,” katanya.
Tegas Anwar lagi, menyokong perjuangan rakyat Palestin tidak boleh ditafsirkan sebagai ucapan kebencian (hate speech) mahu pun menyokong organisasi pengganas.
“Apa yang berlaku hari ini di Palestin akan memberi kesan kepada kita semua. Implikasi daripada konflik ini sangat ketara dan berpanjangan.
“Ia akan menjejaskan bukan saja Palestin atau meluas ke Asia Barat, sebaliknya ia juga akan meninggalkan kesan terhadap hubungan global untuk beberapa tahun mendatang,” katanya.
Sumber: Utusan Malaysia
Antarabangsa
NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
- Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
- Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
- Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.
Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear.
Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times