Antarabangsa
Tentera pengganas Israel curi jasad warga Palestin di al-Shifa – Kementerian Kesihatan Palestin
Jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza, Ashraf al-Qudra mendakwa tentera penjajah Israel mengambil jenazah warga Palestin yang syahid di perkarangan Hospital al-Shifa.

- Jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza, Ashraf al-Qudra mendakwa tentera penjajah Israel mengambil jenazah warga Palestin yang syahid di perkarangan Hospital al-Shifa.
- Pengarah Hospital al-Shifa turut melaporkan insiden sama bahawa kehadiran tentera pengganas Israel di wad kecemasan (ER) yang kemudiannya bertindak mengambil kesemua jenazah yang dibaringkan di depan ER itu.
- Muhammad Abu Salmiya berkata; “Ada tentera Israel di ER, mereka mengambil kesemua jenazah yang terbaring di depan ER. Kami tidak tahu ke mana mereka membawanya pergi.”
Jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza, Ashraf al-Qudra mendakwa tentera penjajah Israel mengambil jenazah warga Palestin yang syahid di perkarangan Hospital al-Shifa.
Dakwaan Ashraf selari dengan kenyataan Pengarah Hospital al-Shifa, Muhammad Abu Salmiya yang melaporkan insiden sama pada 16 November lalu.
Menurut Muhammad, tentera pengganas Israel mengambil kesemua jenazah di wad kecemasan Hospital al-Shifa.
“Ada tentera Israel di ER, mereka mengambil kesemua jenazah yang terbaring di depan ER. Kami tidak tahu ke mana mereka membawanya pergi,” tegasnya.
Ketika insiden itu berlaku, Muhammad melaporkan bahawa terdapat 500 petugas kesihatan serta lebih 5,000 pelarian yang berlindung di hospital tersebut.
Serbuan dan sekatan haram yang dilakukan zionis terhadap Hospital al-Shifa mengakibatkan lapan bayi yang berada dalam inkubator terkorban akibat ketiadaan elektrik ekoran kehabisan bahan api.
Manakala 31 lagi bayi terpaksa dipindahkan dari hospital tersebut.
Setakat ini, 250 pesakit kritikal bersama 25 petugas kesihatan masih berada di hospital tersebut kerana tidak mampu meninggalkan fasiliti tersebut.
Dakwaan tentera zionis menemui terowong Hamas di bawah hospital tersebut juga telah dibidas Pengarah Kementerian Kesihatan Gaza, Mounir el-Boursh, yang mengatakan ia adalah penipuan terbesar tentera pengganas itu.
Sumber: Al Jazeera
Antarabangsa
Rejim penjajah Israel berundur dari bahagian utara Gaza – Briged Al-Qassam
Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.

- Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.
- Kumpulan pejuang itu menyifatkan operasi rejim zionis sebagai gagal dan mengatakan sebanyak 70 peratus anggota tentera Israel di utara kini sudah tiada.
- Pegawai Hamas, Osama Hamdan, yang berpangkalan di Lubnan mendedahkan Israel cuba memancing orang awam Gaza ke selatan untuk memerangkap dan membunuh mereka di kawasan itu.
- “Jelas bahawa dakwaan pendudukan, mengenai kewujudan kawasan selamat di selatan Semenanjung Gaza dan desakan berterusan untuk rakyat pergi ke sana adalah satu rancangan serta perangkap yang dirancang.
- “Ia untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata serta orang yang dipindahkan ke selatan,” katanya seperti dilaporkan Al Jazeera.
GAZA: Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.
Kumpulan pejuang itu menyifatkan operasi rejim zionis sebagai gagal dan mengatakan sebanyak 70 peratus anggota tentera Israel di utara kini sudah tiada.
Dalam serangan bertali arus yang dilancarkan Israel dilihat cubaan untuk mengusir penduduk dari utara wilayah itu ke selatan.
Sementara itu, Hamas mengecam United Kingdom (UK) kerana merancang untuk melancarkan pengawasan melalui udara ke atas Semenanjung Gaza dengan menggelarkan negara itu sebagai rakan dalam perang Israel.
Memetik laporan media Arab, UK yang menjalankan penerbangan pengawasan ke atas Gaza didakwa mahu membantu mengesan tawanan Israel, kata Hamas menerusi satu kenyataan.
Pada Sabtu lalu, Kementerian Pertahanan UK mengesahkan bahawa tenteranya melakukan penerbangan pengawasan ke atas Gaza.
Dalam pada itu, pegawai Hamas, Osama Hamdan, yang berpangkalan di Lubnan mendedahkan Israel cuba memancing orang awam Gaza ke selatan untuk memerangkap dan membunuh mereka di kawasan itu.
“Jelas bahawa dakwaan pendudukan, mengenai kewujudan kawasan selamat di selatan Semenanjung Gaza dan desakan berterusan untuk rakyat pergi ke sana adalah satu rancangan serta perangkap yang dirancang.
“Ia untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata serta orang yang dipindahkan ke selatan,” katanya seperti dilaporkan Al Jazeera.
Tentera Israel turut mengarahkan rakyat Palestin mengosongkan beberapa kawasan di dalam dan sekitar bandar Khan Younis.
Selain itu, rejim Zionis juga menyiarkan peta yang menunjukkan tempat perlindungan yang perlu dituju oleh rakyat Palestin dari Khan Younis sehingga ke selatan iaitu di Rafah bersempadan dengan Mesir.
Ramai penduduk Gaza mendakwa kawasan yang mereka dipaksa untuk pergi turut diserang. – AGENSI
Sumber: Berita Harian
-
Terkini4 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini4 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
Bekas banduan Palestin dakwa dicabul, diserang guna anjing di penjara rejim Israel