Connect with us

Antarabangsa

Sebulan diserang zionis Israel, lebih 10,000 warga Palestin terbunuh di Gaza

Pengeboman Israel di seluruh Gaza berterusan apabila jumlah kematian di wilayah Palestin yang terkepung itu mencecah sekurang-kurangnya 10,022 sejak 7 Oktober lalu. 

Wartawan TMT

Published

on

Sebulan diserang zionis Israel, lebih 10,000 warga Palestin terbunuh di Gaza
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengeboman Israel di seluruh Gaza berterusan apabila jumlah kematian di wilayah Palestin yang terkepung itu mencecah sekurang-kurangnya 10,022 sejak 7 Oktober lalu. 
  • Di Tebing Barat yang diduduki, sekurang-kurangnya 152 warga Palestin terbunuh, manakala Israel mencatatkan kematian lebih 1,400 individu dalam tempoh sama.
  • Wakil Palestin di PBB, Riyad Mansour menuntut kebertanggungjawapan “jenayah-jenayah” yang dilakukan Israel dan menyalahkan Amerika Syarikat (AS) kerana menghalang perjanjian gencatan senjata Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Pengeboman Israel di seluruh Gaza berterusan apabila jumlah kematian di wilayah Palestin yang terkepung itu mencecah sekurang-kurangnya 10,022 sejak 7 Oktober lalu. 

Di Tebing Barat yang diduduki, sekurang-kurangnya 152 warga Palestin terbunuh, manakala Israel mencatatkan kematian lebih 1,400 individu dalam tempoh sama.

Wakil Palestin di PBB, Riyad Mansour menuntut kebertanggungjawapan “jenayah-jenayah” yang dilakukan Israel dan menyalahkan Amerika Syarikat (AS) kerana menghalang perjanjian gencatan senjata Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Pasukan Bulan Sabit Merah membuat rayuan bantuan segera mengatakan bahan api di Hospital Al-Quds di Gaza City berkemungkinan habis dalam 48 jam, manakala Hospital Al-Awda mengeluarkan amaran berpotensi menghentikan operasi menjelang malam Rabu.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres memberitahu wartawan bahawa Gaza kini “menjadi kuburan kanak-kanak” dalam usahanya memperbaharui tuntutan sukar untuk mencapai gencatan senjata.

Pemantau Hak Asasi Manusia (HRW) menggesa agar disekat pemberian senjata kepada Israel dan kumpulan bersenjata Palestin.

Sumber: Al Jazeera

Advertisement

Author

Antarabangsa

Setiap orang awam dibunuh, 10 pejuang Palestin akan ‘dilahirkan’

Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Senator Amerika Syarikat (AS) yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, Seth Moulton.
  • Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.
  • Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.
  • Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.
  • “Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.
  • Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.

Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.

Moulton merujuk kepada sayap tentera Hamas iaitu Briged Al-Qassam.

Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.

“Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.

Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.

“Kita tidak terlibat untuk menetapkan nisbah sebegitu, yang pada pendapat saya adalah (sesuatu yang) tidak enak,” kata Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric dipetik Jordan News, mengkritik jurucakap tentera Israel itu.

Advertisement

Dujarric menekankan fokus PBB adalah untuk mencegah korban awam, walaupun mengakui cabaran-cabaran di Gaza, di mana lebih 16,000 warga Palestin terkorban sejak 7 Oktober lalu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending