Connect with us

Antarabangsa

Presiden Palestin tolak langkah rejim Israel bahagikan Gaza dua bahagian

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, menyifatkan sebarang langkah oleh tentera Israel untuk membahagikan Gaza kepada dua bahagian sebagai tidak boleh diterima selain menegaskan wilayah terkepung itu adalah sebahagian daripada Palestin.

Wartawan TMT

Published

on

Presiden Palestin tolak langkah rejim Israel bahagikan Gaza dua bahagian
Foto: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.
  • Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, sifatkan langkah tentera Israel untuk bahagikan Gaza kepada dua bahagian tidak boleh diterima selain tegaskan wilayah terkepung itu sebahagian daripada Palestin.
  • Abbas membuat panggilan telefon berasingan dengan Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte dan Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, menurut agensi berita Palestin WAFA.
  • Dalam perbualannya dengan Rutte, beliau berkata kenyataan tentera Israel bahawa tenteranya telah bahagikan Gaza kepada dua kerana ia mencapai “peringkat penting” dalam peperangannya terhadap kumpulan Palestin Hamas adalah tidak boleh diterima dan tiada penyelesaian politik atau keselamatan yang berasingan untuk Gaza.

RAMALLAH: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, menyifatkan sebarang langkah oleh tentera Israel untuk membahagikan Gaza kepada dua bahagian sebagai tidak boleh diterima selain menegaskan wilayah terkepung itu adalah sebahagian daripada Palestin.

Abbas membuat panggilan telefon berasingan dengan Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte dan Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, menurut agensi berita Palestin WAFA.

Dalam perbualannya dengan Rutte, beliau berkata kenyataan tentera Israel baru-baru ini bahawa tenteranya telah membahagikan Gaza kepada dua kerana ia mencapai “peringkat penting” dalam peperangannya terhadap kumpulan Palestin Hamas adalah tidak boleh diterima dan tiada penyelesaian politik atau keselamatan yang berasingan untuk Gaza.

“Hari ini terdapat utara Gaza dan selatan Gaza,” kata jurucakap tentera Israel, Laksamana Muda Daniel Hagari pada Ahad selepas tentera Israel tiba di pantai.

Abbas menekankan keperluan melaksanakan penyelesaian yang sah dari segi politik berdasarkan piawaian antarabangsa untuk kebebasan, kemerdekaan dan kedaulatan rakyat Palestin.

Ketika dihubungi Albanese, Abbas menekankan keperluan segera menghentikan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.

Abbas menyatakan bahawa mereka adalah wakil rakyat Palestin yang sah dan hak untuk membuat keputusan nasional terletak pada Pertubuhan Pembebasan Palestin.

Advertisement

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Antarabangsa

Setiap orang awam dibunuh, 10 pejuang Palestin akan ‘dilahirkan’

Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Senator Amerika Syarikat (AS) yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, Seth Moulton.
  • Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.
  • Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.
  • Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.
  • “Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.
  • Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.

Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.

Moulton merujuk kepada sayap tentera Hamas iaitu Briged Al-Qassam.

Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.

“Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.

Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.

“Kita tidak terlibat untuk menetapkan nisbah sebegitu, yang pada pendapat saya adalah (sesuatu yang) tidak enak,” kata Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric dipetik Jordan News, mengkritik jurucakap tentera Israel itu.

Advertisement

Dujarric menekankan fokus PBB adalah untuk mencegah korban awam, walaupun mengakui cabaran-cabaran di Gaza, di mana lebih 16,000 warga Palestin terkorban sejak 7 Oktober lalu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending