Antarabangsa
Perjanjian Abraham Accords UAE, Israel masih “stabil dan diteruskan” – Pakar strategik antarabangsa
Pakar hal ehwal politik dan strategik yang menetap di Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengesahkan Perjanjian Abraham (Abraham Accords) yang ditandatangani Bahrain, UAE dan Israel masih “stabil dan diteruskan”.
- Pakar hal ehwal politik dan strategik yang menetap di Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengesahkan Perjanjian Abraham (Abraham Accords) yang ditandatangani Bahrain, UAE dan Israel masih “stabil dan diteruskan”.
- Perkara itu disahkan Amjad Taha, pakar hal ehwal politik dan strategik kepada The Media Line.
- Menurut Taha, Abraham Accords dilihat sebagai penyelesaian kepada krisis, selain satu rangka kerja supaya penyelesaian diplomatik dan politik dapat ditemui bagi menyelesaikan krisis keselamatan dan ketenteraan rantau itu.
- “Solusi terbaik untuk apa yang berlaku di Gaza hari ini,” Taha menyambung; “adalah dengan berdialog, gencatan senjata, serta dicari solusi kemanusiaan bagi masyarakat Gaza, yang merupakan prinsip dalam Abraham Accords, yang sentiasa mencari (solusi) terbaik untuk masyarakat serantau.
- “Setelah krisis tamat, (dengan) masyarakat Palestin menghapuskan Hamas serta jenayahnya, keputusan terletak di tangan Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin (PNA) dan masyarakat Palestin, (dengan) kita semakin menghampiri solusi dua negara berbanding sebelum ini,” kata Taha.
Pakar hal ehwal politik dan strategik yang menetap di Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengesahkan Perjanjian Abraham (Abraham Accords) yang ditandatangani Bahrain, UAE dan Israel masih “stabil dan diteruskan”.
Perkara itu dilaporkan The Media Line yang menghubungi seorang pakar hal ehwal politik dan strategik, Amjad Taha.
Menurut Taha, Abraham Accords dilihat sebagai penyelesaian kepada krisis, selain satu rangka kerja supaya penyelesaian diplomatik dan politik dapat ditemui bagi menyelesaikan krisis keselamatan dan ketenteraan rantau itu.
“Solusi terbaik untuk apa yang berlaku di Gaza hari ini,” Taha menyambung; “adalah dengan berdialog, gencatan senjata, serta dicari solusi kemanusiaan bagi masyarakat Gaza, yang merupakan prinsip dalam Abraham Accords, yang sentiasa mencari (solusi) terbaik untuk masyarakat serantau.
“Setelah krisis tamat, (dengan) masyarakat Palestin menghapuskan Hamas serta jenayahnya, keputusan terletak di tangan Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin (PNA) dan masyarakat Palestin, (dengan) kita semakin menghampiri solusi dua negara berbanding sebelum ini,” kata Taha.
Taha percaya dengan mendekati solusi dua negara, banyak negara Arab akan menyertai Abraham Accords, menormalisasikan hubungan dengan Israel atau mungkin membuat perjanjian dengan Israel yang menyamai Abraham Accords.
“Seandainya sebelum ini Abraham Accords dikembangkan, kita tidak akan melihat krisis dan insiden seperti ini; atau (kita) akan menguruskannya dengan cara berbeza yang lebih baik, serta kumpulan pengganas seperti Hamas, Hizbullah, dan Houthi tidak akan bersuara sebanyak dilakukan mereka hari ini,” kata Taha.
Abraham Accords merupakan perjanjian yang ditandatangani UAE dan Bahrain bersama Israel pada 15 September 2020, bermulanya pengiktirafan kedua-dua negara itu terhadap kedaulatan, hubungan normalisasi dan diplomatik bersama negara haram Israel.
Sumber: The Media Line
Antarabangsa
Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
- Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
- Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
- Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.
Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.
Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini3 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini2 days ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
-
Antarabangsa2 days ago
Turkiye sekat akses Discord