Antarabangsa
Pelampau Hindu serang 30 penganut Kristian, lima dikejarkan ke hospital
Lima penganut Kristian di negeri Chhattisgarh, India baru-baru ini dikejarkan ke hospital disebabkan kecederaan yang diterima akibat serangan nasionalis Hindu radikal.

- Lima penganut Kristian di negeri Chhattisgarh, India baru-baru ini dikejarkan ke hospital disebabkan kecederaan yang diterima akibat serangan nasionalis Hindu radikal.
- Sumber tempatan berkata serangan itu cubaan untuk ‘menukar’ penganut Kristian kepada kepercayaan Hindu yang didakwa sebagai agama asal mereka.
- Tiga puluh warga Kristian telah dipanggil ke pusat kampung dan diminta untuk meninggalkan kepercayaan Kristian yang baru mereka anuti.
- Menolak saranan tersebut, nasionalis Hindu mula menyerang dan memukul mereka dengan batang pemukul serta batang kayu.
- Ambulans dipanggil dan orang ramai pada mulanya enggan membenarkan ia masuk, lima mangsa dibawa ke hospital serta yang lain akhirnya dihalau.
- Chhattisgarh salah satu daripada 11 negeri di India menguatkuasakan undang-undang anti-penukaran agama dan negeri itu menduduki tempat kedua dalam bilangan insiden melibatkan serangan terhadap masyarakat Kristian.
Lima penganut Kristian di negeri Chhattisgarh, India baru-baru ini dikejarkan ke hospital disebabkan kecederaan yang diterima akibat serangan nasionalis Hindu radikal.
Sumber tempatan berkata serangan itu cubaan untuk ‘menukar’ penganut Kristian kepada kepercayaan Hindu yang didakwa sebagai agama asal mereka.
Tiga puluh warga Kristian telah dipanggil ke pusat kampung dan diminta untuk meninggalkan kepercayaan Kristian yang baru mereka anuti.
Apabila mereka menolak saranan itu, nasionalis Hindu mula menyerang dan memukul mereka dengan batang pemukul serta batang kayu.
Ambulans dipanggil dan orang ramai pada mulanya enggan membenarkan ia masuk, lima mangsa dibawa ke hospital serta yang lain akhirnya dihalau.
Seorang pemimpin Kristian komuniti itu yang tidak mahu namanya disiarkan berkata; “Serangan terhadap orang Kristian telah meningkat dengan mendadak dalam beberapa minggu kebelakangan ini.
“(Ini) kerana negeri itu akan mengadakan pilihan raya wilayah tidak lama lagi. Sungguh menyedihkan orang Kristian perlu mengalami keganasan atas nama agama semata-mata kerana ahli politik ingin mendapatkan kuasa,” kata pemimpin komuniti Kristian itu dipetik persecution.org
Chhattisgarh salah satu daripada 11 negeri di India menguatkuasakan undang-undang anti-penukaran agama dan negeri itu menduduki tempat kedua dalam bilangan insiden melibatkan serangan terhadap masyarakat Kristian.
Sumber: Persecution.org
Antarabangsa
Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

- Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
- Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
- “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
- Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
- Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.
Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times
Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini1 day ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas