Antarabangsa
Majlis Hubungan Amerika-Islam kecewa, kutuk Biden enggan tuntut gencatan senjata konflik Palestin-Israel
Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) mengutuk serangan berulang kali rejim Israel ke atas kem pelarian Jabalia di Gaza dan menyatakan kekecewaan mereka terhadap keengganan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden menuntut gencatan senjata dalam konflik Israel-Hamas.
- Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) mengutuk serangan berulang kali rejim Israel ke atas kem pelarian Jabalia di Gaza dan menyatakan kekecewaan mereka terhadap keengganan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden menuntut gencatan senjata dalam konflik Israel-Hamas.
- “Kami sudah tiada perkataan untuk menggambarkan kekecewaan masyarakat Muslim Amerika atas keengganan pentadbiran Biden menuntut gencatan senjata,” kata Timbalan Pengarah Kebangsaan CAIR, Edward Ahmed Mitchell dalam satu kenyataan.
- Perdana Menteri Israel “Benjamin Netanyahu bukan secara tidak sengaja membunuh masyarakat awam di kem pelarian Jabalia hari demi hari; (tetapi) dia dengan jelas sengaja melakukannya.
- “Pada tahap ini, keengganan Presiden Biden untuk menuntut gencatan senjata adalah perkara yang hampir tidak masuk akal,” katanya dipetik agensi berita Anadolu.
Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) mengutuk serangan berulang kali rejim Israel ke atas kem pelarian Jabalia di Gaza dan menyatakan kekecewaan mereka terhadap keengganan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden menuntut gencatan senjata dalam konflik Israel-Hamas.
“Kami sudah tiada perkataan untuk menggambarkan kekecewaan masyarakat Muslim Amerika atas keengganan pentadbiran Biden menuntut gencatan senjata,” kata Timbalan Pengarah Kebangsaan CAIR, Edward Ahmed Mitchell dalam satu kenyataan.
Perdana Menteri Israel “Benjamin Netanyahu bukan secara tidak sengaja membunuh masyarakat awam di kem pelarian Jabalia hari demi hari; (tetapi) dia dengan jelas sengaja melakukannya.
“Pada tahap ini, keengganan Presiden Biden untuk menuntut gencatan senjata adalah perkara yang hampir tidak masuk akal,” katanya dipetik agensi berita Anadolu.
Beliau berkata, “demi Tuhan presiden Biden, hentikanlah kegilaan ini dan tuntut gencatan senjata”.
Siri serangan udara Israel ke atas kem pelarian Jabalia di Semenanjung Gaza pada Selasa membabitkan ratusan korban, demikian menurut Kementerian Dalam Negeri wilayah terkepung itu.
Tentera rejim Israel bertindak mengebom kem berpenduduk padat untuk hari yang kedua berturut-turut, membunuh dan mencederakan puluhan yang lain, menurut pihak berkuasa Palestin.
Tentera Israel mempertingkatkan serangan udara dan darat tanpa henti sejak kumpulan Palestin Hamas melancarkan tindak balas serangan mengejut pada 7 Oktober lalu.
Konflik itu setakat ini mengorbankan sekitar 10,300 individu, termasuk sekurang-kurangnya 8,796 rakyat Palestin dan lebih 1,538 warga Israel, demikian lapor Kementerian Kesihatan Gaza.
Sumber: Anadolu Ajansi