Connect with us

Antarabangsa

Majlis Hubungan Amerika-Islam kecewa, kutuk Biden enggan tuntut gencatan senjata konflik Palestin-Israel

Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) mengutuk serangan berulang kali rejim Israel ke atas kem pelarian Jabalia di Gaza dan menyatakan kekecewaan mereka terhadap keengganan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden menuntut gencatan senjata dalam konflik Israel-Hamas.

Wartawan TMT

Published

on

Majlis Hubungan Amerika-Islam kecewa, kutuk Biden enggan tuntut gencatan senjata konflik Palestin-Israel
Foto: Timbalan Pengarah Kebangsaan CAIR, Edward Ahmed Mitchell.
  • Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) mengutuk serangan berulang kali rejim Israel ke atas kem pelarian Jabalia di Gaza dan menyatakan kekecewaan mereka terhadap keengganan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden menuntut gencatan senjata dalam konflik Israel-Hamas.
  • “Kami sudah tiada perkataan untuk menggambarkan kekecewaan masyarakat Muslim Amerika atas keengganan pentadbiran Biden menuntut gencatan senjata,” kata Timbalan Pengarah Kebangsaan CAIR, Edward Ahmed Mitchell dalam satu kenyataan.
  • Perdana Menteri Israel “Benjamin Netanyahu bukan secara tidak sengaja membunuh masyarakat awam di kem pelarian Jabalia hari demi hari; (tetapi) dia dengan jelas sengaja melakukannya. 
  • “Pada tahap ini, keengganan Presiden Biden untuk menuntut gencatan senjata adalah perkara yang hampir tidak masuk akal,” katanya dipetik agensi berita Anadolu.

Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) mengutuk serangan berulang kali rejim Israel ke atas kem pelarian Jabalia di Gaza dan menyatakan kekecewaan mereka terhadap keengganan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden menuntut gencatan senjata dalam konflik Israel-Hamas.

“Kami sudah tiada perkataan untuk menggambarkan kekecewaan masyarakat Muslim Amerika atas keengganan pentadbiran Biden menuntut gencatan senjata,” kata Timbalan Pengarah Kebangsaan CAIR, Edward Ahmed Mitchell dalam satu kenyataan.

Perdana Menteri Israel “Benjamin Netanyahu bukan secara tidak sengaja membunuh masyarakat awam di kem pelarian Jabalia hari demi hari; (tetapi) dia dengan jelas sengaja melakukannya. 

“Pada tahap ini, keengganan Presiden Biden untuk menuntut gencatan senjata adalah perkara yang hampir tidak masuk akal,” katanya dipetik agensi berita Anadolu. 

Beliau berkata, “demi Tuhan presiden Biden, hentikanlah kegilaan ini dan tuntut gencatan senjata”.

Siri serangan udara Israel ke atas kem pelarian Jabalia di Semenanjung Gaza pada Selasa membabitkan ratusan korban, demikian menurut Kementerian Dalam Negeri wilayah terkepung itu.

Tentera rejim Israel bertindak mengebom kem berpenduduk padat untuk hari yang kedua berturut-turut, membunuh dan mencederakan puluhan yang lain, menurut pihak berkuasa Palestin.

Advertisement

Tentera Israel mempertingkatkan serangan udara dan darat tanpa henti sejak kumpulan Palestin Hamas melancarkan tindak balas serangan mengejut pada 7 Oktober lalu.

Konflik itu setakat ini mengorbankan sekitar 10,300 individu, termasuk sekurang-kurangnya 8,796 rakyat Palestin dan lebih 1,538 warga Israel, demikian lapor Kementerian Kesihatan Gaza.

Sumber: Anadolu Ajansi

Author

Antarabangsa

Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Tawanan Israel, Yarden Peepas.
  • Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
  • Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
  • “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
  • Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
  • Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.

“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.

Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.

Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times

Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending