Connect with us

Terkini

Kami mahu gencatan senjata kekal, kata Duta Palestin

Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali berkata apa yang mereka mahukan adalah gencatan senjata yang berkekalan dan mewujudkan koridor kemanusiaan segera.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali.
  • Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali berkata apa yang mereka mahu adalah gencatan senjata kekal dan koridor kemanusiaan diwujudkan segera.
  • Beliau gesa masyarakat antarabangsa beri tekanan kepada Israel supaya hentikan pencerobohannya terhadap rakyat Palestin di Gaza dan pendudukan di Tebing Barat, sambil menambah rejim Israel tidak akan pernah hentikan kekejamannya terhadap rakyat Palestin.
  • “Pagi ini, mereka menyerang Tulkarem di Tebing Barat yang diduduki di sebelah Utara. Serangan Israel menyasarkan semua rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat. Mereka percaya bahawa satu-satunya rakyat Palestin yang baik adalah rakyat Palestin yang sudah meninggal dunia.
  • “Kerajaan (Presiden Amerika Syarikat) Joe Bidenlah yang sepatutnya menghalang (Perdana Menteri Israel) Benjamin Netanyahu daripada membunuh penduduk Palestin yang tidak bersalah itu,” katanya kepada Bernama.
  • Kerajaan Israel dan Hamas pada Rabu bersetuju untuk mengadakan genjatan senjata selama empat hari dengan Qatar sebagai pengantara.

KUALA LUMPUR — Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali berkata apa yang mereka mahukan adalah gencatan senjata yang berkekalan dan mewujudkan koridor kemanusiaan segera.

Beliau turut menggesa masyarakat antarabangsa memberi tekanan kepada Israel supaya menghentikan pencerobohannya terhadap rakyat Palestin di Gaza dan pendudukan di Tebing Barat, sambil menambah bahawa rejim Israel tidak akan pernah menghentikan kekejamannya terhadap rakyat Palestin.

“Pagi ini, mereka menyerang Tulkarem di Tebing Barat yang diduduki di sebelah Utara. Serangan Israel menyasarkan semua rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat. Mereka percaya bahawa satu-satunya rakyat Palestin yang baik adalah rakyat Palestin yang sudah meninggal dunia.

“Kerajaan (Presiden Amerika Syarikat) Joe Bidenlah yang sepatutnya menghalang (Perdana Menteri Israel) Benjamin Netanyahu daripada membunuh penduduk Palestin yang tidak bersalah itu,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Wong Chun Wai di Kedutaan Palestin di sini pada Rabu.

Kerajaan Israel dan Hamas pada Rabu bersetuju untuk mengadakan genjatan senjata selama empat hari dengan Qatar sebagai pengantara.

Kementerian Luar Qatar berkata tempoh permulaan gencatan senjata itu akan diumumkan dalam tempoh 24 jam akan datang, tertakluk kepada pelanjutan.

“Kebimbangan utama Benjamin Netanyahu kononnya untuk membebaskan “tebusan”. Tetapi saya (Walid) memanggil mereka tahanan bukan tebusan kerana terdapat 7,000 rakyat Palestin yang ditahan di penjara Israel,” katanya.

Beliau berkata apa yang menjadi persoalan mengapa hanya tahanan mereka sahaja penting, adakah ribuan rakyat Palestin yang ditahan itu tidak penting. 

Duta itu menekankan bahawa manusia tidak boleh berpecah-belah dan mengapa rakyat Palestin diberikan layanan yang tidak adil oleh masyarakat antarabangsa sedangkan rakyat Palestin mempunyai hak untuk menentang pendudukan Israel.

Beliau juga menggesa masyarakat antarabangsa supaya memberi tekanan kepada Israel untuk mewujudkan koridor kemanusiaan yang selamat untuk penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal di Gaza yang sedang bersiap sedia untuk menghadapi musim sejuk.

Walid menekankan bahawa hampir 1.5 juta rakyat Palestin dipaksa berpindah ke wilayah selatan Gaza, dan terpaksa berdepan cuaca buruk dan kehilangan tempat tinggal.

“Komuniti antarabangsa mesti memaksa Israel membenarkan koridor kemanusiaan dan membenarkan bantuan luar seperti ubat-ubatan, air, makanan, bahan api dan semua keperluan asas kemanusiaan ke Gaza,” katanya.

Sekurang-kurangnya 14,128 rakyat Palestin telah dibunuh dalam serangan berterusan Israel ke atas Gaza sejak 7 Okt, termasuk 5,600 kanak-kanak dan 3,500 wanita.

Selain itu, 218 rakyat Palestin dilaporkan terbunuh di Tebing Barat.

Duta itu juga menasihatkan rakyat Malaysia supaya menyalurkan sumbangan mereka kepada perjuangan Palestin melalui akaun bank yang sah yang diuruskan oleh Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra) dan bukan melalui pihak ketiga.

“Pada masa ini, Wisma Putra adalah satu-satunya entiti yang dibenarkan untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui Bulan Sabit Merah Mesir dan Bulan Sabit Merah Palestin,” katanya.

Beliau berkata rakyat Malaysia yang prihatin juga boleh menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin di negara ini, khususnya pelajar yang terputus hubungan dengan keluarga di Gaza.

“Keluarga mereka tidak lagi boleh menaja mereka di Malaysia dan beberapa universiti telah memulakan projek untuk membantu pelajar Palestin yang menghadapi masalah kewangan,” katanya.

Pada masa ini, terdapat 4,000 rakyat Palestin di Malaysia, termasuk 1,000 orang yang sedang melanjutkan pengajian. — BERNAMA

Sumber: BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
  • Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
  • Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
  • Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
  • “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
  • “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
  • Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
  • Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.

Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.

“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.

Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.

Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.

“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.

Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.

“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending