Connect with us

Antarabangsa

Joe Biden akan tangani Islamofobia ketika perang Palestin-Israel

Kerajaan pimpinan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, akan membentuk strategi bagi menangani Islamofobia, ketika ketegangan memuncak di seluruh dunia susulan peperangan Israel-Palestin.

Wartawan TMT

Published

on

Joe Biden akan tangani Islamofobia ketika perang Palestin-Israel
Foto: Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden.
  • Kerajaan pimpinan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, akan membentuk strategi bagi menangani Islamofobia, ketika ketegangan memuncak di seluruh dunia susulan peperangan Israel-Palestin.
  • Jurucakap Rumah Putih, Karine Jean-Pierre, berkata strategi itu akan dibangunkan bersama masyarakat Islam setempat.
  • “Biden bertanding jawatan untuk memulihkan jiwa negara AS. Beliau bertegas bahawa tiada ruang untuk kebencian terhadap sesiapa pun di AS.
  • “Bagi tempoh yang terlalu lama, umat Islam di AS, dan mereka yang dianggap sebagai Muslim, seperti Arab dan Sikh, mengalami serangan yang didorong oleh kebencian dan penindasan lain yang tidak seimbang,” katanya dalam kenyataan.
  • Kajian yang dijalankan Institut Arab AS menunjukkan bahawa pengundi Arab AS secara besar-besaran kini berpaling daripada menyokong Biden.

WASHINGTON: Kerajaan pimpinan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, akan membentuk strategi bagi menangani Islamofobia, ketika ketegangan memuncak di seluruh dunia susulan peperangan Israel-Palestin.

Jurucakap Rumah Putih, Karine Jean-Pierre, berkata strategi itu akan dibangunkan bersama masyarakat Islam setempat.

“Biden bertanding jawatan untuk memulihkan jiwa negara AS. Beliau bertegas bahawa tiada ruang untuk kebencian terhadap sesiapa pun di AS.

“Bagi tempoh yang terlalu lama, umat Islam di AS, dan mereka yang dianggap sebagai Muslim, seperti Arab dan Sikh, mengalami serangan yang didorong oleh kebencian dan penindasan lain yang tidak seimbang,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, seorang budak lelaki Palestin berusia enam tahun dibunuh di Chicago, yang dikaitkan dengan konflik berterusan antara Israel dan Palestin.

Pada masa sama, Jean-Pierre berkata, pembunuhan itu disifatkan kejam.

Katanya, AS juga melancarkan rancangan untuk menentang sentimen anti-Yahudi di seluruh negara.

Janji ditunjukkan AS bagi melindungi masyarakat Islam itu dilihat sebagai momentum baharu di saat kritikal ini, walaupun komitmen itu bukan sesuatu yang baharu.

Peperangan yang dilancarkan selepas serangan pejuang Hamas ke atas Israel menyebabkan umat Islam AS takut dengan gelombang permusuhan itu.

Malah, tindakan Biden, yang berkunjung ke Israel bagi menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mencetuskan kritikan daripada umat Islam dan Arab di AS.

Biden, 80, dari parti Demokrat, dituduh menutup mata terhadap penderitaan orang awam Palestin di Semenanjung Gaza, tetapi beliau mempertahankan tindakannya, sebagai usaha untuk mendapatkan bantuan kemanusiaan ke wilayah yang dikepung.

Kajian yang dijalankan Institut Arab AS menunjukkan bahawa pengundi Arab AS secara besar-besaran kini berpaling daripada menyokong Biden.

Sokongan buat Biden yang akan berdepan pemilihan semula tahun depan, menurun daripada 59 peratus pada 2020 kepada 17 peratus sekarang. 

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia

Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov.
  • Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
  • Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
  • “Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
  • Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
  • Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.

Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.

Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.

“Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.

Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.

Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.

Taliban berada di bawah sekatan Barat selama lebih dua dekad dan pada awalnya dikenakan sekatan pembiayaan kepada al-Qaeda dan kumpulan lain yang dilabelkan sebagai “pengganas”.

Beberapa pegawai Russia menyeru Moscow mengeluarkan Taliban dari senarai “organisasi pengganas dan ekstremis” bagi meningkatkan kerjasama lebih lanjut.

Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi dilaporkan berada di Moscow untuk perbincangan itu.

Lavrov juga dilaporkan berkata Russia tidak akan menerima “negara ketiga” menempatkan pangkalan tentera di Afghanistan atau menubuhkan kemudahan tentera baru di negara-negara jirannya “atas apa jua alasan”.

Russia mempunyai pangkalan tentera besar di Tajikistan yang bersempadan dengan Afghanistan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending