Terkini
(VIDEO) Jika bukan kerana kakitangan kebangsaan Palestin, dalam seminggu kami sudah terbunuh di Gaza – Jururawat AS
Emily Callahan, seorang jururawat dari Amerika Syarikat (AS) yang juga pengurus aktiviti Doctors Without Borders (MSF) yang berjaya keluar dari Gaza memberitahu dirinya pasti terbunuh dalam seminggu jika bukan kerana kakitangan kebangsaan Palestin yang menjaganya.

Emily Callahan, seorang jururawat dari Amerika Syarikat (AS) yang juga pengurus aktiviti Doctors Without Borders (MSF) yang berjaya keluar dari Gaza memberitahu dirinya pasti terbunuh dalam seminggu jika bukan kerana kakitangan kebangsaan Palestin yang menjaganya.
26 hari menyaksikan genosid rejim zionis dilancarkan ke atas penduduk Gaza sejak 7 Oktober lalu, beliau tidak menafikan mereka turut diasak penduduk yang terdesak ketika di Khan Younis Training Center (KYTC).
Diwawancara Anderson Cooper dari CNN, beliau diajukan soalan adakah dirinya risau terbunuh disebabkan tindakan masyarakat yang terdesak?
Emily menjelaskan kerisauannya adalah samada mereka akan mati disebabkan kelaparan atau kehabisan air dan tim tempatanlah yang berunding untuk semua keperluan harian dirinya serta rakan-rakan untuk bertahan hidup.
“Bila saya kata kami boleh mati kelaparan tanpa mereka, saya bukan mengada-adakan cerita dan di saat masyarakat awam dalam situasi terdesak (dan berang), mereka (kakitangan kebangsaan) bertindak tegas, dan dengan tenang menjelaskan kepada mereka (masyarakat);
“Mereka (Emily dan kumpulan MSF) juga senasib dengan kamu semua, mereka tiada bekalan, tiada makanan dan air, mereka juga tidur di luar di atas konkrit;
“Dan mereka (kakitangan kebangsaan) melakukanya dengan penuh kelembutan, menenangkan mereka dengan kasih sayang tanpa kekerasan dalam jiwa mereka sehingga (apa yang diungkapkan) menenangkan semua di sekeliling mereka,” katanya.
Cooper turut bertanya apakah situasi ketika hendak merentas sempadan Rafah? Emily menjawab; “Mereka (kakitangan kebangsaan) tidak meninggalkan kami langsung.”
“Mereka memastikan mereka berdiri di antara kami (MSF) dan masyarakat yang terdesak, mereka memastikan mereka bercakap dengan semua pegawai rasmi yang mereka boleh jumpa.
“Cuba menolak kami keluar, cuba memastikan kami menaiki bas, cuba mengeluarkan kami (dari Gaza) dan kami duduk dan melihat lelaki-lelaki hebat yang mengorbankan segalanya untuk kami.
“Mengorbankan masa bersama keluarga mereka, keselamatan fizikal mereka, sumber air mereka sendiri diberikan kepada kami, dan kami lihat mereka berjuang untuk memastikan kami merentas sempadan, mengetahui hakikat bahawa mereka tidak akan mengikuti kami,” katanya.
Emily juga menegaskan mereka langsung tidak berputus asa.
‘Ibrahim’, antara kakitangan kebangsaan yang gigih disebut menjayakan pelepasan Emily dan rakan-rakannya (warga asing) keluar dari Gaza itu pada malamnya dimaklumkan bahawa kedua ibu-bapanya (Ibrahim) terkorban.
Doctors Without Borders atau Medecins Sans Frontieres (MSF) merupakan organisasi kemanusiaan perubatan antarabangsa yang menyampaikan bantuan perubatan kecemasan kepada mereka yang terkesan dengan wabak, pandemik, bencana alam dan konflik bersenjata. – The Merdeka Times
Sumber: Youtube – CNN: American nurse who got out of Gaza describes desperation she saw
View this post on Instagram
Terkini
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

- Kerajaan menegaskan nilai kredit eMadani tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
- Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
- “Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
- “Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
PUTRAJAYA – Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
Menurut MOF, pihaknya tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan peer-to-peer atau penebusan tunai itu, justeru orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan tawaran perkhidmatan berkenaan oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.
“Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan ‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
“Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas MOF, program eMADANI diluncurkan bertujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.
Pendaftaran program eMADANI dibuka sehingga 20 Februari 2024 dan akan memanfaatkan seramai 10 juta rakyat dewasa yang layak, meliputi golongan B40 dan M40.
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion bagi program berkenaan seperti diumumkan pada majlis peluncuran kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai lalu.
Sumber : Utusan
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini3 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini3 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas