Terkini
Jangan sentuh sensitiviti rakyat Malaysia di konsert Coldplay – Penganjur
Penganjur Konsert Coldplay : Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur menegaskan akan mengambil tindakan keras terhadap mana-mana pihak yang mencetuskan masalah serta tidak bertanggungjawab ketika konsert diadakan.
- Penganjur Konsert Coldplay : Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur menegaskan akan mengambil tindakan keras terhadap mana-mana pihak yang mencetuskan masalah serta tidak bertanggungjawab ketika konsert diadakan.
- Live Nation Malaysia dalam satu kenyataan berkata, mana-mana individu didapati menyumbang sebarang masalah tidak akan dibenarkan memasuki lokasi persembahan dan mungkin diserahkan kepada pihak polis untuk didakwa.
- Pihak artis, penganjur dan pihak lokasi tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kemalangan dan insiden akibat tindakan yang sengaja dicetuskan.
- “Bagi mencipta atmosfera kenangan indah buat semua penonton, mohon beringat mengenai budaya serta sensitiviti tempatan di Malaysia dan elakkan tunjuk prop atau barangan yang akibatkan rasa tidak senang kepada orang lain,” katanya.
PETALING JAYA: Penganjur Konsert Coldplay : Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur menegaskan akan mengambil tindakan keras terhadap mana-mana pihak yang mencetuskan masalah serta tidak bertanggungjawab ketika konsert diadakan.
Live Nation Malaysia dalam satu kenyataan berkata, mana-mana individu yang didapati menyumbang kepada sebarang masalah tidak akan dibenarkan memasuki lokasi persembahan dan mungkin diserahkan kepada pihak polis untuk didakwa.
Tambahnya, pihak artis, penganjur dan pihak lokasi tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kemalangan dan insiden akibat daripada tindakan yang sengaja dicetuskan.
“Menunggu di lokasi atau kawasan awam berdekatan, mengejar atau duduk di jalanan berdekatan adalah berbahaya kepada artis dan orang awam. Itu boleh mengakibatkan kemalangan atau kesulitan membabitkan khalayak awam.
“Setiap pihak yang terbabit harus menangani sebarang kemalangan atau insiden tercetus disebabkan tindakan sedemikian.
“Sebarang kelakuan berniat jahat, individu terbabit tidak akan dibenarkan memasuki lokasi persembahan dan mungkin diserahkan kepada pihak polis untuk didakwa,” katanya.
Konsert Coldplay : Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur yang bakal berlangsung 22 November ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil dijangka menerima kehadiran lebih 50,000 peminat kumpulan legenda itu.
Dalam pada itu, sebarang tindakan yang menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia turut dilarang sama sekali.
“Bagi mencipta atmosfera kenangan indah buat semua penonton, mohon beringat mengenai budaya serta sensitiviti tempatan di Malaysia dan elakkan tunjuk prop atau barangan yang akibatkan rasa tidak senang kepada orang lain.
“Mari sama-sama fokus kepada muzik dan keseronokan yang dikongsikan pada acara itu nanti,” katanya.
Untuk info, penebusan gelang tangan akan dibuka pada jam 12 tengah hari pada hari konsert. Penonton harus menunjukkan e-tiket mereka untuk tujuan penebusan itu. Pintu hanya akan dibuka bermula pukul 5 petang.
Sumber: Utusan Malaysia
Antarabangsa
NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
- Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
- Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
- Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.
Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear.
Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times