Connect with us

Terkini

Penganjur Kepci Muzik Fest akan dipanggil – Menteri Agama

Program Kepci Music Fest yang tular kerana menjemput pelajar-pelajar tahfiz baru-baru ini bukan anjuran kerajaan.

Wartawan TMT

Published

on

Penganjur Kepci Muzik Fest akan dipanggil - Menteri Agama
Foto: Menteri di Jabatan Perdana menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
  • Program Kepci Music Fest yang tular kerana menjemput pelajar-pelajar tahfiz baru-baru ini bukan anjuran kerajaan.
  • Ia dianjurkan syarikat korporat sempena sambutan 50 tahun KFC.
  • Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar yang membuat penjelasan berhubung perkara itu berkata, jabatan itu sudah menghubungi pihak penganjur untuk meminta penjelasan berkenaan isu tersebut.
  • “Makluman daripada penganjur ialah jemputan pelajar-pelajar ke program karnival dan konsert berkenaan telah dibuat oleh pihak ketiga yang menaja golongan kurang bernasib baik termasuklah anak-anak tahfiz dari sebuah madrasah masyarakat Rohingya di Shah Alam,” katanya menerusi video di Facebook.
  • Beliau turut meminta pihak Jabatan Kemajuan Agama Islam untuk memanggil pihak berkenaan untuk tindakan sewajarnya. 

KUALA LUMPUR – Program Kepci Music Fest yang tular kerana menjemput pelajar-pelajar tahfiz baru-baru ini bukan anjuran kerajaan.

Sebaliknya, ia dianjurkan oleh syarikat korporat sempena sambutan 50 tahun KFC.

Menteri di Jabatan Perdana menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar yang membuat penjelasan berhubung perkara itu berkata, jabatan itu sudah menghubungi pihak penganjur untuk meminta penjelasan berkenaan isu tersebut.

“Makluman daripada penganjur ialah jemputan pelajar-pelajar ke program karnival dan konsert berkenaan telah dibuat oleh pihak ketiga yang menaja golongan kurang bernasib baik termasuklah anak-anak tahfiz dari sebuah madrasah masyarakat Rohingya di Shah Alam,” katanya menerusi video di Facebook.

Semalam, seorang individu tampil memberi penjelasan mengenai tindakannya membawa kumpulan pelajar tahfiz ke konsert Kepci Music Fest di Stadium Malawati, Shah Alam.

Andrie Ung Han Xiang yang mengakui dia adalah individu membawa pelajar terbabit ke festival itu berkata, pihak penganjur termasuk kerajaan tidak terbabit dengan kehadiran mereka.

Menurutnya, dia bersama rakan berjaya mengumpul sumbangan bagi membawa kira-kira 700 anak yatim dari 22 rumah kebajikan seluruh negara ke festival itu untuk merasai pengalaman.

Mohd Na’im berkata, walaupun program hiburan dibenarkan namun penganjur perlu cermat dan berhati-hati dalam menjaga sensitiviti agama, adab dan adat ketimuran.

“Dalam kita berhibur, pastikan kita mengambil perhatian kesesuaian dan pengisian program apatah lagi audiensnya melibatkan anak-anak tahfiz dan anak-anak muda.

“Jadikan ia sebagai iktibar kepada semua memastikan mengikut garis panduan yang telah disediakan,” tambahnya.

Beliau turut meminta pihak Jabatan Kemajuan Agama Islam untuk memanggil pihak berkenaan untuk tindakan sewajarnya. 

Sumber: Malaysia Gazette

Author

Terkini

Ridhuan Tee persoal NGO Islam hanya membisu ketika Firdaus Wong ‘diserang’

Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.
  • Tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.
  • “Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?
  • “Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Ridhuan Tee berkata tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.

“Beliau nampak begitu keseorangannya. Kita hanya melihat dan menyokong dalam hati sahaja.  Golongan asatizah pun senyap, NGO-NGO Islam senyap. Bila berjumpa atau terserempak, baharulah berkata, “berani sungguh kamu, dan bagus sungguh kamu”. 

“Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?

“Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak bukan Islam, termasuk Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menggesa kerajaan bertindak terhadap pempengaruh dan pendakwah bebas itu.

Ini susulan tindakan Firdaus Wong memuat naik video di TikTok yang memaparkan beliau menjawab pertanyaan seorang penulis, Adnin Roslan tentang cara menangani permintaan remaja bawah umur yang bukan beragama Islam ingin memeluk Islam.

Firdaus Wong antaranya menjelaskan dari sudut Islam tiada masalah untuk individu tersebut ingin memeluk agama Islam tidak kira berapa umurnya kerana beliau boleh diislamkan. 

Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

Beliau mempersoalkan dalam Islam siapa yang boleh menahan atau mahu menahan sekiranya ada individu, termasuk kanak-kanak bawah umur atau pelajar sekolah rendah mahupun menengah yang ingin memeluk Islam.

Katanya, hanya undang-undang Malaysia atau perlembagaan sahaja tidak membenarkan kelompok bawah umur memeluk Islam tanpa kebenaran ibu bapa melainkan mereka sudah mencapai umur 18 tahun dan ke atas.

“Proses pengIslaman tidak perlu kepada pendaftaran. Syahadahkan dia dahulu. Takkan strategi sebegini pun kita takut. Ini bumi siapa asal usulnya? Agama Islam berada dalam kedudukan di mana mengikut perlembagaan Persekutuan? 

“Apakah selepas ini kita menjadi tidak berani untuk berdakwah kepada pelajar bukan Islam di bawah umur? 

“Orang Kristian atau misionari Kristian relaks sahaja berdakwah kepada pelajar bawah umur, boleh pula. 

“Bila kena pada kita, berkaitan dengan Islam, semua tidak boleh, termasuk berdakwah kepada mereka di bawah umur,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending