Terkini
Jangan ‘double standard’ boikot produk berkaitan Israel
Seorang ahli Parlimen kerajaan menyindir kerajaan pimpinan PAS di Kelantan berhubung isu boikot produk syarikat yang menyokong Israel.

- Chong Zhemin (PH-Kampar) personal kerajaan Kelantan yang masih menggunakan kereta mewah, Mercedes Benz yang turut menyumbang kepada ekonomi Israel.
- “Mercedes Benz, saya ada baca dua minggu lalu saya tak ingat, derma (sumbang) RM5 juta kepada Israel.
- “Saya nak tanya kerajaan Kelantan empat buah kereta Mercedes Benz masih nak pakai ke tak? Nak boikot ke tak?” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
- Katanya, jangan ada ‘double standard’ atau pilih kasih dalam soal memboikot produk yang berkaitan dengan Israel.
KUALA LUMPUR: Seorang ahli Parlimen kerajaan menyindir kerajaan pimpinan PAS di Kelantan berhubung isu boikot produk syarikat yang menyokong Israel.
Chong Zhemin (PH-Kampar) mengambil kesempatan itu ketika membahaskan topik dietetik dan sajian pada sesi perbahasan peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kesihatan (KKM).
Zhemin mempersoalkan kerajaan Kelantan yang masih menggunakan kereta mewah, Mercedes Benz yang turut menyumbang kepada ekonomi Israel.
“Mercedes Benz, saya ada baca dua minggu lalu saya tak ingat, derma (sumbang) RM5 juta kepada Israel.
“Saya nak tanya kerajaan Kelantan empat buah kereta Mercedes Benz masih nak pakai ke tak? Nak boikot ke tak?” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Justeru katanya, jangan ada ‘double standard’ atau pilih kasih dalam soal memboikot produk yang berkaitan dengan Israel.
“Starbucks tak nak makan dan McDonald’s tak mahu (jadi) Mercedes Benz pun jangan pakai boleh?
“Kalau hendak boikot jangan double standard, nak boikot, semua kena boikot. Duit sudah masuk Israel,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas